SUKARNYA MENARIK MINAT MELAYU KE BIDANG PERNIAGAAN

>> Monday, August 23, 2010


Bergambar bersama kereta Proton Exora yang baru dibeli
pada 16 Julai 2010. Syukur Alhamdulillah.

ALHAMDULILLAH...dalam diam dah tiga bulan saya berkecimpung dalam bisnes Score A. Menerjah ke bulan ke-2, saya telahpun mampu menggunakan pendapatan dalam bisnes ini bagi membeli sebuah kereta Proton Exora. Pendapatan saya baru mencecah 4 angka. Tapi bayangkan sahaja kalau baru 2-3 bulan sudah mampu menjana pendapatan antara RM 3,000 - 4.000.00 sudah alhamdulillah. Itupun buat kerja secara sambilan, sekadar sejam dua sehari.

Dalam tempoh 3 bulan ini juga, saya telah dapat membina rangkaian pengedar terdiri daripada 14 orang rakan niaga. Antaranya termasuklah Pengarah Syarikat, pesara tentera, guru, pereka grafik, pelajar ICT di sebuah kolej dan terbaru, staf di KFC. Namun dalam tempoh tiga bulan ini juga menyaksikan rempah ratus perniagaan - menunjukkan sukarnya menarik minat bangsa Melayu dalam perniagaan.

Dalam tempoh Malaysia merdeka lebih 50 tahun, orang Melayu masih terjerit-jerit dan terkapai-kapai di tanah airnya sendiri (bukankah Malaysia adalah Tanah Melayu asalnya???), keperitan bukan saja dari segi ekonomi, malah kian parah dari segi masalah sosial dan politik. Bercakap soal ekonomi, golongan Bumiputera hanya menguasai 18.9% saham berbanding 40% bukan Bumiputera (Ibrahim Ali, 2010). Begitu juga daripada senarai 10 jutawan terkaya, Melayu hanya ada seorang iaitu Datok Syed Mukhtar Bukhari. Banyak lagilah fakta termasuk golongan termiskin dari segi pendapatan isi rumah, kebanyakannya masih lagi berbangsa Melayu. Bayangkan orang Melayu...bagaikan itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan bak kata Aminuddin Baki, tokoh pendidikan Melayu.

Mengapakah kita masih tergolong dalam kumpulan etnik miskin tegar di bumi sendiri? Ini kerana orang Melayu tak suka, tak mahu, tak larat, tak nak menceburi bidang YANG DISARANKAN RASULULLAH YANG MENJADI 9/10 PUNCA REZEKI IAITU PERNIAGAAN.
Dalam tempoh 3 bulan, inilah antara alasan rakan-rakan/saudara-mara/anak didik Melayu yang enggan turut serta dalam bisnes:

1. Tak ada modallah...tak da duit
2. Nak kena cari orang...susahlah
3. Tak minat berniaga...
4. Nanti dululah...fikir dululah
5. Aku nak tengok kau kaya dululah
6. Aku sibuklah...tak da masa
7. Eh...saya memanglah ada sarjana muda perniagaan, tapi ntahlah...perniagaan bukan bidang saya (aduhhh....peliknya!!!)

Sesesetengah orang Melayu, berasaskan insan-insan yang saya temui, inilah alasan mereka. Mereka terlalu banyak dan suka berdalih. Kata Abby Fana dalam Sinar FM, kalau nak berjaya, jangan beri dalih, tapi katalah boleh. Yang saya pelik, mereka tahu mengeluh, dan berdesuh desah terutamanya apabila menjelang Hari Raya dan sekolahpun nak cuti...tahun depan nak pakai duit lagi:

1. Ehhhh.....kerajaan tak da bonuske rayani???
2. Hmm...anak aku tak dapat buat mediclah...dapat 3.8 aje...nak pergi IPTS tak larat
3. Aduhh...susahnya rayani tengah bulan...manalah ada duit
4. Bajet lari lagilah...
5. Apalah asyik aku aje kena buat kerjani...gaji ciput juga.
6. Alamak...aku kena berhentikan...nak kerja apa ye?

Pelik tapi benarkan? Mengeluh dalam kesusahan. Membiarkan orang lain senang tengok kita susah. Apabila kita dalam kesusahan, percayalah kadang kala tak da orang sudi menolong kita dan mahu bersimpati dengan kita. Ketika saya mengalami keperitan dari segi kewangan, saya sms ibu saudara saya, nak pinjam dalam seratus dua ringgit, tapi jawabannya hampeh!! Itulah realiti dunia...

Tapi saya redha. Redha dengan rempah ratus kejayaan ini kerana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki di dunia antara para hambaNya dan menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Al-Ankabut (29)).

Rezeki di tangan Allah. Kata sifu saya yang kini bergelar jutawan, kalau semua orang masuk score A, siapa pula nak jadi doktor, peniaga Bazaar Ramadan, jadi jurutol, pengawal keselamatan dan lain-lain. Jadi bagi yang menolak bisnes ini, saya tak marahpun kalian kerana mungkin bukan rezeki anda semua.

Akhir sekali, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat jalan kepada mantan Pengetua SMK Subang Bestari, Tn Hj Khany yang telah bertukar ke sekolah lain atas arahan perkhidmatan. Tuan Haji, saya cukup mengerti emosi yang bergejolak dalam diri tuan haji apabila terpaksa bertukar biarpun baru berkhidmat beberapa bulan di sekolah ini, tetapi insyallah ada hikmah di sebalik semua ini. Saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana atas jasa tuan haji juga, saya menceburi dan mula berjaya dalam bisnes Score A.


Saya telah menyampaikan hadiah buku Jangan Bersedih buat
ayahanda mantan Pengetua tersayang.

3 comments:

jerr August 27, 2010 at 2:08 AM  

alahai cikgu...kenapakah cikgu menganggap Melayu tidak minat berniaga kerana taknak jadik downline cikgu?Saya harap,cikgu dapat buka mata luas2, betapa sebarang bentuk Multi Level adalah tak sihat...
saya Melayu,maka saya tak dapat menerima cikgu kata saya tak minat berniaga...tapi untuk perniagaan MLM based camni, saya tak setuju langsung...cikgu nak tahu kenapa?cikgu cari jek mana-mana orang,tanya mereka pasal MLM ni...jangan tanya pada segelintir yang dah ada penyata kewangan 5,6 angka sebulan, juga bukan pada yang ada kereta mewah, tapi tanyelah pada yang tertipu, gagal, kerana MLM ni...
maka,janganlah nak cakap Melayu tak minat berniaga ye cikgu...saya suka berniaga, saya ada kereta sewa, kedai kereta terpakai, kedai cuci kereta, kebun getah kecil, ternakan lembu, saya juga rajin buat kontrak kecil-kecilan kerajaan, dan saya seorang doktor...apa yang saya buat, perniagaan yang jelas, menguntungkan semua pihak bukan hanya UPLINE, dan saya berjumpa rakan-rakan bukan semata-mata untuk mengajak diorang join bisnes saya untuk jadik downline saya...
sekian pendapat saya...saya sayangkan bangsa saya...

Cikgu Esa August 29, 2010 at 8:30 PM  

Jerr..pendapat awak adalah berasaskan persepsi. MLM sememangnya dikaitkan dengan penipuan, manipulasi dsb krn sikap segelintir manusia. Namun membuat kesimpulan disebabkan penipuan segelintir manusia adalah tidak adil terhadap sebuah rangkaian perniagaan MLM yang telah melahirkan 4900 jutawan sejak beroperasi 30 tahun lalu. Sama juga awak tengok ada remaja buang anak bukan bererti semua remaja perempuan tu dah tak suci. Sama juga awak tengok ada kereta Proton bermasalah, bukan Proton tak bagus. Tanyalah jutawan seperti David Triumph, Bill Gates..kalau perniagaan mereka terlingkup...mereka akan joint MLM. Tahukah anda juga restoran KFC berkembang menggunakan metod spt MLM melalui francais...terpulang kpd andalah nak berniaga apa...dan saya tak paksa siapapun. Tanpa andapun saya sudah memperkembang perniagaan dan sedang menuju puncak kecemerlangan. Hari inipun saya jumpa YB...seorang ADUN. Artikel inipun tidak ditujukan spesifik kepada sesiapa, hanya luahan perasaan. Saya tujukan khasnya kepada yang langsung tak minat dalam perniagaan termasuk MLM...

Anonymous August 31, 2010 at 11:14 AM  

maafkan saya lah cikgu kalau apa yang saya tulis tu menyakitkan hati cikgu,saya takde niat apa-apa pun,cuma tertarik sebab cikgu guna perkataan melayu kat artikel cikgu tu..
francais mungkin MLM seperti dakwaan cikgu,tapi perniagaan tu jelas,wujud organisasi,tempat bekalan dan customer bebas untuk datang dan pergi..saya tak rasa ada persamaan langsung dari sisi negatif MLM..
terpulang kepada cikgu..4900 jutawan,mungkin betul wujud,tapi berapa ratus ribu yang menyesal,mungkin juta,satu angka yang kita tak boleh sisihkan begitu saja..sebut je omegatrend,luxor,CNI,empiredream,HiO, kukuh, tapi hanya untuk upline yang stabil..
saya ikhlas berkongsi pendapat,kalau cikgu dah berjaya,saya tumpang gembira sebab satu lagi melayu telah berjaya..cuma,kekecewaan cikgu bila jemput orang tapi taknak join, tu macam sisi negatif MLM jugak,pada pendapat saya..
--jerr--

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP