NANTIKAN KELAHIRAN 'MADAH BERZIKIR'

>> Sunday, February 21, 2010


Kulit hadapan novel Madah Berzikir
dipetik daripada http://gengkicap.blogspot.com

SELEPAS 13 tahun cikgu tidak melahirkan karya kreatif, novel; sejak kelahiran novel Gersang, yang diterbitkan oleh Alaf 21 pada tahun 1997 (ulang cetak 1998), alhamdulillah cikgu akhirnya mampu bangkit semula melahirkan sebuah lagi novel..kali ini berunsur cinta Islamik.
Novel Gersang yang cikgu hasilkan 13 tahun dahulu!


Novel ini akan diterbitkan oleh Fajar Pakeer Sdn Bhd dan insyallah akan menemui pembaca pada Pesta Buku Antarabangsa, mulai 19 Mac nanti. Novel ini cikgu hasilkan bersama sentuhan seorang mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Noor Shuhada yang menitipkan elemen-elemen cinta Islamik dan berusaha memastikan unsur cinta itu tidak sampai ke tahap romantik yang bertentangan dengan Islam. Novel ini juga terilham daripada suatu kisah tragik yang menimpa beberapa orang anak didik cikgu di sebuah sekolah, suatu ketika dahulu. Cikgu berkhidmat di tiga buah sekolah, sebelum ini...sekolah mana, pelajar mana; itu rahsia. Terima kasih Sue yang merupakan anak didik cikgu di bidang penulisan. Eisya Aqilla adalah nama pena cikgu. Terima kasih juga kepada Along, Ketua Pengarang Fajar Pakeer yang sudi menerbitkan novel ini dan melayani kerenah cikgu sepanjang suntingan novel ini dan kepada isteri dan anak-anak yang sabar dan tekun memberi dorongan; tidak lupa buat ibu dan ayah kerana sentiasa memayungi diri ini dengan keredhaan kalian.

SINOPSIS NOVEL (Disesuaikan daripada gengkicap.blogspot.com)

Novel ini memaparkan kisah kehidupan seorang gadis bernama Puteri Aisyah Aqillah yang melalui episod duka di sepanjang kehidupannya. Aisyah telah tersingkir dari sekolah lantaran kes disiplin, mengalami tekanan berterusan dari ayah tiri lalu akhirnya tercampak ke lembah penuh noda dan dosa. Namun memori madah berzikir dari ayah kandungnya yang telah pergi selama-lamanya, menjadi penguat untuk dia kembali ke pangkal jalan. Namun jalan itu juga terlalu berliku dan berbahaya, penuh dengan 1001 cabaran. Aisyah malah terperangkap lagi dalam satu sindiket berbahaya. Mujurlah dia bersama Fikri, yang kemudian berazam menyelamatkannya. Dalam masa yang sama, Fikri menaruh hati terhadap gadis itu tanpa disedari sigadis manis itu. Aisyah tidak sanggup kembali ke pangkuan keluarga, bimbang jadi mangsa amarah siayah tiri, namun hatinya tidak putus memendam rindu kepada ibu. Dia tahu dia gadis yang pernah gagal dalam hidup, diberi gelaran oleh masyarakat, namun Aisyah tidak pernah mengalah. Dia bangkit, memperjuangkan cita-cita serta terus mengikut jalan diredai Allah. Biarlah hina di mata masyarakat, namun bukan di sisi Allah. Tapi mampukah Aisyah bangkit daripada keruntuhan? Bolehkah Aisyah menerima liku demi liku di hadapannya, demi mencapai makna diri?

Bagi anda yang dahagakan novel Islamik yang mampu -bukan sekadar menghiburkan, malah memotivasikan- bacalah novel ini. Dapatkan segera dari pasaran insyallah bermula daripada Pesta Buku kelak. Cikgu juga memberi jaminan, novel ini satu-satunya novel yang menyelitkan sedikit panduan kepada remaja yang bakal meniti ke alam pekerjaan iaitu aspek kerjaya seperti tips lulus temuduga; tetapi diolah penuh kreaitf, santai dan bukan dalam bentuk buku panduan kerjaya seperti kerap anda baca. Anda juga boleh mengulas novel ini dengan melayari gengkicap.blogspot.com atau dalam blog cikgu sendiri.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP