SIBUK BUAT TESISPUN SEMPAT LAGI BELAJAR SANTAI KAT KK!

>> Saturday, February 20, 2010

DALAM pada sibuk menyiapkan tesis untuk Master, cikgu masih sempat memenuhi undangan daripada seorang sahabat lama, Monen, untuk mengendalikan bengkel belajar santai di Kuala Kangsar, pada 15 Februari 2010 baru-baru ini. Bayangkan sahaja, sudahlah masa tu Tahun Baru Cina (cuti umum) dan keesokannya, 16 Februari cikgu dijadualkan menghadap penyelia tesis, cikgu masih ada waktu untuk mengendalikan bengkel kemahiran belajar; Belajar Santai.

Semuanya demi memenuhi janji yang telah terpahat dengan Monen, yang merupakan sahabat cikgu ketika di Universiti Sains Malaysia dan ketika bekerja di Pulau Pinang (1989 - 1994). Monenpun kini telah mempunyai tiga cahayamata kesemuanya perempuan. Ingat nak letak gambar Monen, malangnya sahabat saya ini mungkin lupa nak emel, cikgu pula lupa nak ambil gambar beliau masa di Kuala Kangsar.

Alhamdulillah, dalam kesibukan cikgu, cikgu telah dapat mengendalikan bengkel dengan jayanya dalam kalangan pelajar menengah pada sebelah pagi, dan rendah pada sebelah petang. Boleh tahan jugalah yang datang, kira-kira 100 orang bagi kedua-dua sesi (dicampurkan)

Berikut gambar-gambar bersama pelajar menengah...
.
Hmm...dapat buku free daripada cikgu kerana berani menjawab soalan dan betul pula jawabannya.
Alhamdulillah dalam cuti-cuti begini, dan tidak glamournya cikgu, ramai jugalah yang datang!
Bergambar bersama peminat buku Belajar Santai. Haaa...mereka dapat autograf cikgu.







Pada sebelah petang...lebih meriah. Ramai yang membeli buku Belajar Santai daripada cikgu.

Terima kasihlah pada Encik Monen yang sudi



Pada sebelah petang, lebih meriah lagi melayani kerenah pelajar sekolah rendah, khasnya yang akan mengambil UPSR. Lebih 50 orang hadir dan ramai jugalah yang membeli buku Belajar Santai dan Menuju Puncak Kecemerlangan.

Terima kasihlah kepada Encik Monen yang sudi menjemput cikgu ke KK, lain kali leh jemput lagi...he he. Terima kasih kepada semua peserta yang aktif dan cukup bersemangat. Terima kasih kepada yang sudi membeli buku Belajar Santai dan Tips Menuju Puncak Kecemerlangan.

Kepada yang masih ragu-ragu hendak membeli buku Belajar Santai, renungi kata-kata mereka yang telah mengamati dan memberikan komen buku cikgu yang telah diulang cetak kali pada tahun 2009, seperti berikut:

"Buku Belajar Santai..Impak Maksima mampu memberi sumbangan bermanfaat dalam usaha mempertingkat keberkesanan belajar di kalangan pelajar..juga relevan kepada para kaunselor..."
(Prof Madya Dr Hj Abdul Malek Hj Abd Rahman,
Pensyarah Kanan Kaunseling UPSI)

"Buku Belajar Santai...Impak Maksima sangat penting. Hubungan prestasi pelajar dengan kemahiran belajar telah lama dikenal pasti oleh pengkaji seperti Pond (1964), Alex Main (1979) dan buku ini relevan dengan kemahiran belajar yang perlu dikuasai semua pelajar di semua peringkat"
(Prof Madya Dr Salihan Siais, Pakar Kemahiran
Belajar yang juga Ketua Jabatan Kimia UPSI)

"Buku ini adalah perkongsian idea Cikgu Esa tentang cara belajar yang tidak membosankan, gila-gila, tetapi mampu menghasilkan keputusan cemerlang..."
(Mohd Naqiuddin b Abd Razak, Vanderbilt
University, USA (Biasiswa JPA))

"Buku ini wajar jadi panduan berguna kepada setiap murid yang ingin mencipta kejayaan kerana kandungannya tidak membebankan malah menyeronokkan..."
(En Ahamed Zaki b Yahud, Kaunselor SMK
Kalumpang, Selangor)

"Buku ini amat bagus, sangat menarik isi kandungannya, fakta dan kaedah serta teknik belajar yang dikemukakan..."
(Norizan Kadir, Mahasiswa Tahun 3, UPSI)

Kalau udah profesor, pelajar luar negara, guru kaunseling, pelajar universiti mengiktiraf dan menghargai buku teman...oghang Peghak kata, mengapa anda masih bertangguh membeli buku berharga ini?

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP