MUHASABAH DIRI DENGAN MERENUNGI SURAH AL-INSYIRAH
>> Saturday, March 12, 2011
Kepada diriku dan diri sahabat-sahabatku/anak didikku walau di mana,
ada kalanya, ada masanya, ada saatnya, ada tikanya,
kita dilanda kekusutan yang amat mencengkam jiwa,
kita dilanda masalah yang amat menggusarkan rasa,
kita dilanda kekalutan yang boleh menyebbakan tekanan jiwa...
ketika itu, muhasabahlah diri renunglah sesaat wahai diri,
bukan semua perkara boleh dilihat dari sudut selari,
bukan semua perkara boleh dilihat dari satu segi,
bersihkan diri ini daripada perasaan prasangka yang mencengkam diri,
fikirkan sudut-sudut positif biar tidak diredai diri..
kala kita melihat rakan kita masam muka,
saat kita menyangka dia sombong mungkin dia sedang berduka,
kala kita mendapati rakan terlewat dalam janji temu dengan kita,
saat kita menyangka dia sengaja menyakat mungkin dia ditimpa celaka,
kala kita mendapati apa yang diharap tidak lagi menjadi rezeki kita,
saat kita menyangka Tuhan tidak makbulkan doa mungkin Allah ingin menguji kita
jadi, aduhai diri dan sahabat,
usah cepat silap firasat...
SAJAK ini ditujukan kepada diri sendiri dan sahabat/anak didik selepas kemelut tsunamiku selesai (atas salah faham/komunikasi)....terima kasih kepada tiap sahabat yang memberi sokongan.