ISLAM DIHINA, AZAN DIPERSENDA: APA RESPON KITA?

>> Tuesday, March 15, 2011

ISLAM adalah agama rasmi menurut Perkara 4 (Perlembagaan) dan dilindungi Perlembagaan Negara. Namun apabila membaca berita tentang ura-ura pembebasan Bible dalam Bahasa Melayu dan kisah penghinaan terhadap Islam yang disiarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)(http://www.persatuanpenggunaislam.blogspot.com) dan termuat dalam media hari ini, sudah tentu hati ini amat tersentuh. Menurut laman sesawang PPIM, antara lain, video klip dalam Bahasa Cina itu bermaksud; "azan Subuh adalah kerana orang Islam teringin nak makan mee wantan, dah dapat mee wantan hendak pau besar pula." Rakaman dibuat dalam keadaan mereka bergurau-senda. Itu sebabnya JAKIM menyarankan umat Islam jangan melatah dan menganggap itu gurauan anak-anak nakal.

Tetapi bagaimana pula jika umat Islam (anak-anak muda) membuat rakaman Youtube dan mempersenda ajaran agama lain seperti Budha, Kristian, Hindu dan sebagainya? Bagaimanakah reaksi parti-parti politik dan pertubuhan bukan Islam? Saya pasti, mereka akan mendesak kerajaan menahan anak-anak muda ini dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak menganggapnya sebagai guruan. Berikan komen anda!

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP