BONUS OH BONUS!!!

>> Thursday, September 25, 2008


AKHBAR-akhbar pada 13 September baru-baru ini melaporkan betapa ada rakyat di Indonesia mati hanya berebutkan duit sebanyak RM 14.00 (Lihat gambar). Orang kata di Indonesia, mati berebut duit tak seberapa.

Di Malaysia, baru-baru ini kakitangan awam menarik nafas lega mendapat ganjaran bonus sebulan gaji. Lega? Hmm...baik diulang sekali lagi dan fikir betul-betul. Betulkah lega?

Saya tak tahu pengalaman orang dan masalah orang lain. Tapi dalam ruangan blog ini, saya ingin berkongsi apa ertinya mendapat bonus sebulan gaji. Saya tak pandai bercerita tentang teori tapi kisah benar tentang hal yang menimpa saya baru-baru ini selepas mendapat bonus.

Pada 23 September, dalam keadaan kering kontang, saya pergi ke ATM CIMB dan alhamdulillah...bonus dah masuk; sebanyak RM 2500.00, termasuk gaji yang sudah dipotong kerat dua kerana membeli rumah baru-baru ini. Seronok juga dapat RM 2500.00.

Pada 25 September, mak oii....saya terkejut beruk mendapati dalam akaun saya tinggal RM 490.00. Bayangkan itulah sahaja duit yang tinggal untuk berhari raya. Saya termenung di tepi padang sebelah rumah mengenang mengapa saya boleh menghabiskan kira-kira RM 2000.00. Rupa-rupanya memang sebanyak itu saya gunakan untuk:

1. Membayar sewa beli kereta - RM 500.00
2. Membayar bil telefon - RM 200.00
3. Beli barang dapur - RM 200.00
4. Petrol - RM 150.00
5. Tambah nilai touch & go - RM 100.00
6. Duit raya - RM 100.00
7. Bayar Tadika anak - RM 200.00
8. Bayar duit kutu isteri - RM 200.00
9. Bayar kain (raya) - RM 170.00
10. Beli kuih dan zakat - RM 100.00
JUMLAH - RM 1900.00

Lebih kurang RM 100.00 lagi adalah pembelian benda-benda remeh-temeh seperti membeli ayam golek di bazar ramadan, kuih muih, makanan ringan anak-anak dan manik untuk isteri menghias baju anak.

Jadi, kekadang saya terfikir, mendapat bonus di Malaysia yang amat dinanti-nanti oleh kakitangan awam kekadang tak ada maknanya...tak berapa jauh daripada gambar di atas, cuma bezanya kita tak perlu sampai mati berebut duit tak seberapa!! Dalam pada duit bonus makin menyusut, kerajaan mengumumkan petrol turun 10 sen. Alhamdulillah!!

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP