BERSANTAI DI MAK LAGAM...

>> Thursday, June 4, 2009

BARU-BARU ini, pada 29 - 31 Mei, untuk kali kedua, cikgu berpeluang menyertai team Modul PUSAKA01, UPSI di bawah pimpinan En Ab Aziz Yatim mengendalikan program Motivasi dan Kemahiran Belajar di SMK Mak Lagam.

Seperti biasa, penyertaan cikgu adalah sebagai sokongan sahaja dan melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang diminta oleh En Aziz. Namun alhamdulillah penyertaan cikgu kali ini begitu aktif, malah semua kuliah Subuh dan Maghrib cikgu kendalikan, begitu juga dengan sebahagian Ice breaking, keseluruhan aktiviti Pengurusan Stress dan membantu aktiviti team building. Terima kasih kepada En Aziz yang sudi memberi kepercayaan kepada saya yang dikenali sebagai Pak Su di Mak Lagam.

Buat anak-anak Pak Su di Mak Lagam, Pak Su hidangkan cerita bergambar untuk tatapan korang...

Ha....ha....gambar-gambar di atas bagi peserta kursus di Mak Lagam pasti tahu kan..
Bagi yang lain, ingat ya..ini bukan latihan Solat atau latihan bersopan-santun dan pertandingan mencipta Patung Manusia. Inilah dikatakan FREEZE...aktiviti energizer yang menarik dalam MODUL PUSAKA01. Kesian budak-budak Mak Lagam, mujur tak ada yang terkentut!


Huhu...jangan dok betulkan blog atau PC anda...gambar di atas menunjukkan pelajar SMK Mak Lagam sedang khusyuk mendengar 'kuliah Subuh" yang sedang disampaikan oleh Pak Su. Bebudak SEPINTAR mesti terkejut..eh...cikgu Esapun boleh bagi kuliah agama.

Demikian sepintas lalu kenangan di Mak Lagam. Terima kasih kepada guru-guru dan pelajar SMK Mak Lagam yang sudi menyambut kedatangan kami, memberi layanan kelas pertama (wooi...bukan senang peserta/pelajar nak urut, siap basuhkan kereta dan tolong dobi dan seterika baju, malah kiwikan kasut.....perghhhhhhhh).

Anak-anak Pak Su di SMK Mak Lagam! Kalian sebenarnya hebat, berpotensi cuma mungkin kurang kerjasama antara satu sama lain. Ingat semangat Wonderpet...Apa yang penting, KERJASAMA! Pak Su yakin melalui semangat bantu-membantu, SMK Mak Lagam akan muncul sebagai sekolah tersohor di Malaysia, insyallah! Kalian semua jujur, ikhlas, hormat pada guru....

Oh! Ya! Diam tak diam, Pak Su dapat pula anak angkat di Mak Lagam. Yaya, terima kasih, sudi menjadi anak angkat Pak Su dan insyallah Pak Su akan membimbingmu ke mercu kecemerlangan dan ingat senantiasa pesanan keramat Pak Su...KITALAH yang akhirnya MEMILIH PEMIKIRAN, PERASAAN DAN TINDAKAN kita yang berpunca daripada hati nurani. Kepada Yaya dan juga anak-anak didik Pak Su yang lain di Mak Lagam, selamat memacu diri ke puncak kecemerlangan!


Gambar sebelah kiri... Yaya.

Oh! Ya! Kepada anak-anak didik Pak Su yang menghantar kertas soalan (kemusykilan/masalah), dalam waktu terdekat, Pak Su akan menghantar emel kepada korang.
Okay, maafkan Pak Su andai ada apa-apa kesilapan ketika di Mak Lagam dan sekali lagi doaku buat kalian: SMK MAK LAGAM CEMERLANG DUNIA FIL AKHIRAH!


Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP