DI MANA KITA YE, ADUHAI ANAK BANGSAKU MELAYU?
>> Saturday, September 25, 2010
SALAM semua...apa khabar anda selepas 2 minggu berhari raya? Seronok beraya? Ehem...macamana dengan poket anda...masih mampu menyanyi selepas puas berhari raya? Masih mampu membeli belah di sana-sini atau sudah mula mengira biskut raya yang tinggal untuk dikunyah bagi mengisi perut kosong?
Ramai orang yang mula mengira hutang-piutang yang perlu dibereskan, bil-bil tertunggak atau kereta yang hampir kena tarik selepas rayani. Yang ramai dihimpit masalah kewangan ini ialah bangsa Melayu-Islam. Ini kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, ramai orang Melayu tidak berminat hendak berniaga. Mereka lebih suka bekerja dan bekerja biarpun menjadi INSAN TERPEDAYA.
Apakah Insan Terpedaya? Sebuah Hadis telah menghuraikan 3 jenis personaliti manusia; Insan Berjaya, Insan Terpedaya, Insan Celaka. Insan berjaya adalah yang hari ini lebih baik dari semalam. Insan Terpedaya hari ini sama macam orang lain. Insan Celaka adalah insan yang hari ini lebih teruk dari semalam.
Insan terpedaya adalah orang yang seronok, teruja makan gaji tanpa hendak memikirkan mahu mendapatkan peluang kehidupan lebih baik. Kehidupannya adalah seperti nyanyian berikut;
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, minum pagi, makan roti, PERGI KERJA...
Sesudah bertolak ke tempat kerja, kitapun merungut dan membebel apabila jalan raya dilanda kesesakan. Kitapun mengomel bilalah boleh letak jawatan dan berniaga, nak releks, nak melancong, terlepas daripada siksa kesesakan jalan raya...
Malangnya setiba di tempat kerja, apabila dimaki hamun oleh boss, segala rungutan tadi tidak lagi anda ingati. Anda setia di tempat kerja sampai waktu balik. Balik dari kerja, sekali lagi berentap dengan kesesakan jalan raya. Kita merungut lagi. Sampai aje rumah, kita rehat dan tengok TV. Sekali lagi rungutan tadi tinggal rungutan. Itulah rutin hidup kita sampai pencen.
Cuba renungkan. Siapakah yang ramai jadi jurutaip, kerani bank, juru tol, pengawal keselamatan dan lain-lain? Melayukan??

0 comments:
Post a Comment