SALAM HARI RAYA...SELAMAT BERJIHAD MELALUI SCORE A
>> Monday, September 13, 2010
MAAF sedikit terlewat...dah Hari Raya ke-4 baru ada kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada pengunjung-pengunjung blog ini...tidak kira sama ada anda ahli keluarga saya, Pengetua saya, saudara-mara, rakan-taulan, rakan niaga, anak didik, bekas anak didik atau sesiapa jua yang mengenali diri atau sekadar meminati blog ini.
Hari Raya Aidil Fitri kali ini, dihiasi pelbagai warna suka dan duka. Menjelang hari Kemerdekaan dan Hari Raya, kita dikejutkan dengan keletah sumbang perkauman seperti kata-kata seorang Pengetua di Johor Bahru kepada muridnya yang dianggap perkauman, lalu dibalas oleh Namewee dengan lagu berbaur lucah dan perkauman. Kemudian di peringkat antarabangsa, kecaman dilemparkan terhadap usaha segelintir pihak ekstrim Kristian yang mahu membakar kitab suci Al-Qur'an di Ground Zero, tapak World Trade Centre, Amerika Syarikat. Mujur bantahan Rumah Putih terhadap tindakan pelampau itu menggagalkan usaha itu. Selain itu di Pakistan, rakyatnya masih trauma dan kesempitan hidup lantaran banjir besar yang melanda. Indonesia pula hampir berkonfrontasi dengan Malaysia lantaran tindakan segelintir rakyatnya membakar bendera di hadapan kedutaan Malaysia. Pada Hari Raya pula, baru 3 hari umat Islam berhari raya, negara dikejutkan dengan pembunuhan jutawan Melayu, Datok Sosilawati bersama 3 orang lain...dengan cara amat kejam; bunuh, bakar, buang.
Sehubungan itu, bersyukurlah dengan nikmat keselamatan yang masih kita nikmati. Dalam menatap berita-berita gila ini, kakitangan kerajaan termasuk saya agak gembira kerana mendapat imbuhan khas sebanyak RM 500.00. Lebih menggembirakan dapat rasa juga bonus Score A. Alhamdulillah.
Saya bersama rakan-rakan niaga dalam rangkaian saya, tidak mampu mengangkat senjata untuk berjihat mempertahan kelangsungan ummah yang nampaknya kian tergugah dengan pelbagai rencam ancaman; ancaman puak ekstrim yang ingin menggubal semual perlembagaan, masalah sosial remaja Melayu Islam yang kian memuncak, kelangsungan politik yang kian tergugat dan keterperangkapan umat Melayu Islam dalam ekonomi yang bakal berterusan di bawah bumbung Model Ekonomi Baru.
Saya malas memikirkan hal politik. Saya ingin menumpukan perhatian untuk membimbing seberapa ramai anak Melayu Islam khasnya di medan akademik agar mereka cemerlang melalui Kaedah Belajar Santai dan pendekatan E Learning dan membimbing ibu bapa agar lebih celik minda; memikirkan secara serius masa depan anak-anak mereka akan datang dari segi pelajaran dan peluang melanjutkan pengajian. Jelasnya mereka perlu mempunyai kelangsungan hidup dari segi ekonomi jika serius mahu anak-anak berjaya dalam pelajaran.
2 comments:
I am glad you said that??
Anonym, thanks 4 glad. Hmm...what else you wait for? You must think and act upon to strengthen our nation, Malay-Muslim....so one day, Malay-Muslim really become a superior nation in Malaysia...okay, bro contact me (sms) 017-3436570
Post a Comment