BILA KITA KELIRU ANTARA HAK DAN BATIL PADA AKHIR ZAMAN

>> Thursday, December 9, 2010









Beginilah realiti suasana di Palestin. Tanya diri anda,
MASIHKAH BOLEH WUJUD DEMOKRASI ALA BARAT
dalam situasi memeritkan begini, seperti diperjuangkan oleh tokoh politik seperti....... di negara kita? Atau PERANG jalan terbaik!!!

BUKANLAH minat saya terlalu tinggi dalam politik. Namun situasi yang berlaku mutakhir ini kian membingitkan emosi dan riak rasa lantas atas rasa prihatin dan tanggungjawab saya harus memikul amanah berkongsi isi hati nurani. Ketika saya berada di alam pengajian dahulu di peringkat ijazah pertama (1989-93) di USM dalam pengajian Komunikasi, saya telah mengambil pengkhususan kecil atau minor dalam Sains Politik. Antara teori yang saya pelajari adalah teori yang dikemukakan oleh Harold Lasswell bahawa politik itu adalah Siapa Dapat Apa dan Bagaimana.

Pada hari ini saya perhatikan kian ramai manusia oportunis yang mengambil kesempatan menggunakan bakat dan pengaruh yang ada pada dirinya untuk meraih keuntungan politik. Hal ini berlaku kerana kini kita berada pada zaman yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai zaman ketandusan.

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud;
"Dari Abu Hurairah Rasulullah s.a.w. bersabda; lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada ketika itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang yang khianat disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan khianat. Dan orang yang berpeluang bercakap hanyalah golongan Ruwaibidhah. Sahabat bertanya siapakah golongan Ruwaibidhah itu hai Rasulullah? Rasulullah menjawab orang yang sebenarnya kerdil dan hina dan tidak mengerti urusan orang ramai." (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Saya tidak bermaksud hendak menujukan hadis ini kepada sesiapa. Cuma saya melihat sendiri keadaan yang berlaku hari ini, bagaikan apa-apa yang didendangkan kepada kita yang dirasakan haq dan betul, sebenarnya meragukan.

Pada suatu Subuh, saya berpeluang mengikuti kuliah Subuh daripada seorang ustaz yang berasal dari Kedah. Dalam kuliahnya beliau sempat berkongsi tentang perjuangan getir syuhada di Palestin yang berjuang, berperang menentang Israel. Kata ustaz ini umat Islam di sana berpendapat tidak ada jalan lain hendak menentang Yahudi Israel melainkan dengan berperang. Beliau sempat bercerita tentang kehebatan syuhada di sana misalnya ketika menyemadikan jenazah seorang syuhada di dalam pusara, penggali kubur terkena jenazah allahyarham ayah syuhada yang telahpun meninggal puluhan tahun dan jenazah itu berdarah. Ustaz ini menyeru semua pihak berjuang kerana Allah tidak bertanya kita menang atau tidak, tetapi sama ada kita berjuang atau tidak. Ustaz ini sempat mendorong jemaah menyokong perjuangan parti pembangkang sambil memperli TV3 yang dianggapnya seolah-olah berbohong tentang kemelut dalam PKR.

Di Parlimen baru-baru ini, ahli-ahli parlimen PKR dan PAS mempersoal isu APCO iaitu isu membabitkan konsultan Israel yang didakwa membantu kerajaan dalam kempen One Malaysia. Namun di sebalik keghairahan ini, apakah sebenarnya mereka benar-benar serius dalam menyokong perjuangan umat Islam di Palestin? Atau sekadar bijak berkata-kata? Kata orang gambar mewakili 1000 patah perkataan. Anda renungi Youtube dalam kiriman terdahulu di atas tentang pandangan Anwar ketika ditemuramah oleh 'pejuang' Israel....dan inilah yang memeningkan kepala rakyat marhaen seperti saya.


0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP