INSPIRASI JUARA OLIMPIK (1)

>> Sunday, August 24, 2008

YELENA ISINBEYEVA

INSPIRASI DARIPADA JUARA-JUARA OLIMPIK 2008....

SUKAN Olimpik 2008 nampaknya sudah berada di penghujungnya. Malaysia sekadar berbangga dengan satu pingat Perak, melalui usaha gigih Datok Lee Chong Wei yang berjaya mara ke peringkat akhir Pertandingan Badminton, menentang Lin Dan. Namun banyak yang boleh kita pelajari dan inspirasikan daripada Juara Olimpik 2008.

Yelena Isinbeyeva (gambar) misalnya, yang memecah rekod dunia dalam sukan itu, dalam acara lompat bergalah, selepas berjaya melepasi ketinggian 5.05 meter berkata:

KEHIDUPAN AKAN MEMBOSANKAN TANPA MENCIPTA REKOD.

Apakah yang boleh kita pelajari daripada kata-kata ini? Maknanya, jika kita ingin sukses, cemerlang dalam hidup, kita harus memperbaharui rekod pada setiap hari, memperbaiki diri, menjadikan diri lebih cemerlang. Ini bertepatan dengan sebuah maksud Hadis sahih bahawa manusia yang berjaya dan cemerlang itu ialah yang menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Dalam budaya Jepun, dipanggil Kaizen.

Jadi tanya diri anda, adakah hari ini lebih baik dari semalam? Adakah anda telah mencipta REKOD BARU dalam kehidupan anda? Renung-renungkan......







0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP