>> Wednesday, August 20, 2008

PERISTIWA KEJATUHAN MELAKA DAN SAMBUTAN MERDEKA KALI KE-51

Apa komen anda semua bila tengok gambar kartun di atas yang saya petik daripada sebuah blog (www.pembelamelayu.com)? Apakah punca kejatuhan Melaka.....dan apa agaknya yang anda boleh kaitkan dengan situasi di negara kita sekarang?

SAYA tidak berniat langsung hendak membicarakan isu politik dalam blog ini kerana sifat blog ini non political interest tapi sebagai seorang pendidik, saya jadi sayu teramat sangat mengenangkan bahana yang melanda negara kita sekarang. Berpecah belah, dari segi sosialpun anak bangsa tak ketentuan hala....yang umat lelakinya jadi mat rempit, yang perempuannya ada yang tak berapa menjadi.


Mungkin ada yang pelik mengapa biasanya saya bercerita pengalaman lampau tapi kali ini, tetiba bincang isu kemerdekaan pula. Bukan apa saja nak ubah selera. Sebenarnya bila berbincang tentang isu kemerdekaan negara dan punca kejatuhan Melaka, saya teringat juga sejarah silam. Sewaktu saya kecil-kecil dahulu, pernah saya bersama rakan-rakan bermain bendera sesuka hati. Lantas seorang polis berpangkat sarjan segera memarahi kami kerana bendera negara adalah lambang kedaulatan negara.

Namun pada hari ini tiba-tiba ada pula orang mencadangkan kita mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik. Apakah gilanya cadangan ini? Di manakah semangat patriotik anak bangsa hari ini? Dalam sejarah saya sebagai kaunselor dan pendidik, saat paling bermakna menyambut kemerdekaan adalah pada tahun 2003, apabila sambutan kemerdekaan peringkat sekolah dibuat di tiga tempat; satu kat sekolah, satu kat dalam hutan (Ulu Yam) dan satu lagi di satu lagi kawasan perkhemahan; secara serentak. Best betul dan semangat tengok gaya anak didik menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Sayangilah negara kita, sayangilah survival ummah dan bangsa kita sementara kita belum lagi terjajah akibat leka dan lalai seperti saat kejatuhan Melaka....


4 comments:

abuis August 21, 2008 at 6:12 AM  

Kita semua ada saham dan sumbangan yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Pemimpin-pemimpin banyak yang korupsi, ibu-bapa ramai yang tak sembahyang, media banyak menyiarkan rancangan yang melalaikan, bila ulamak tegur.. semua orang hentam balik ulamak. Ini semua adalah hasil yang ditinggalkan oleh penjajah. Orang-orang yang berpendidikan barat dan berfikiran barat masih menguasai negara ini.

www.mohdnazritakuan.blogspot.com
www.great-fishing.blogspot.com

Izzan Fahat August 21, 2008 at 8:51 PM  

Semoga anak bangsa kita tidak terus hanyut dengan anasir2 sekular lagi... kenapa tak ambil pendekatan Islam sj dlm hidup seharian?bukan ke lg mudah..itulah namanya "minda terjajah"...

Xeno September 7, 2008 at 6:27 AM  

Salam cikgu, gambar yang besar ada di sini..........


http://img508.imageshack.us/my.php?image=lanunri1.jpg

Haruhi

Anonymous September 24, 2008 at 6:56 AM  

Assalammualaikum chegu..

saya berminat dengan topik ini dan ingin kupasan lanjut dari chegu.. kalau chegu tak keberatan, untuk berkongsi pengetahuan lagi dengan saya..

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP