TEKNIK BELAJAR SANTAI 1 - IMAGINASI

>> Thursday, April 2, 2009



Salam buat semua pelajar. Maaf cikgu mengambil masa begitu lama untuk menunaikan janji, bercerita mengenai teknik belajar santai. Cikgu sebenarnya teramat sibuk di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menghabiskan pengajian cikgu dalam Bimbingan dan Kaunseling di peringkat master.




Baiklah, apakah sebenarnya makna BELAJAR SANTAI? Maksud cikgu dengan kaedah BESMA, atau Belajar Santai...Impak Maksima ialah teknik belajar secara lepak, santai, mudah tapi mampu menghasilkan Impak Maksima, keputusan yang cemerlang. Cikgu bukan cakap kosong kerana cikgu telah membuktikannya:


1. Tahun 1995 - Cikgu meraih keputusan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Akademik dan Keseluruhan, KPLI-IPDA.


2. Tahun 2003 - Cikgu meraih Hadiah Karya Kencana (Penulisan terbaik majalah Dewan Bahasa Pustaka)


3. Tahun 2004 - Cikgu meraih Hadiah Karya Kencana lagi.


4. Tahun 2005 - Cikgu meraih Anugerah Khidmat Cemerlang.


5. Tahun 2006 - Cikgu meraih keputusan cemerlang PTK (Gred 4 - 4) DG 41.


6. Tahun 2007 - Cikgu ditawarkan anugerah Biasiswa KPM bagi melanjutkan pelajaran ke tahap master (yang diberi kepada Pegawai yang mendapat prestasi cemerlang)


Bukan nak berbangga, cuma nak bercerita bahawa cikgu bukan tin kosong yang hanya pandai berkata-kata.




Cikgu titipkan teknik belajar santai sebenarnya bukan apa. Cikgu ikhlas ingin membimbing para pelajar yang kekadang keletihan belajar siang malam. Pagi ke sekolah kebangsaan (ada juga ke sekolah agama). Petang ke sekolah agama. Malam mengaji atau mengikuti kelas tambahan. Hujung minggu kokurikulum. Soalan yang sering ditanya kepada cikgu ialah "cikgu....kami tak ada masa hendak belajar...."




Melalui BESMA, cikgu harap pelajar dapat mempermudahkan proses menggarap ilmu. Dalam siri kali ini, cikgu ingin berkongsi kaedah imaginasi. Pernah tak anda berkhayal, mengelamun, membayangkan saat-saat indah bersama sidia di tepi pantai? Indah, bukan. Pernah tak sambil dengar lagu Matahari, anda membayangkan kesedihan sipenyanyi. Atau membayangkan kuasa sakti ketika menonton Drama Papaya atau Jula Juli Bintang Tiga. Semua itu menunjukkan kemampuan otak untuk berimaginasi.




Apa kata kita gunakan kemahiran berimaginasi untuk mengingati fakta yang berbelit-belit seperti ini:







Anda tentu pernah melihat rajah seperti ini dalam subjek Biologi umpamanya. Mudah tak anda hendak mengingati fakta bahagian-bahagian otak seperti Cerebellum, Brain Stem dan sebagainya. Apa kata, kita tukar semua nama saintifik itu buat sementara waktu dengan nama yang mudah diingat?


Frontal Lobe kita tukar jadi Farah Lobis

Temporal Lobe kita tukar jadi Tempe Lebam

Brain Stem kita tukar jadi Bain Stim

Cerebellum kita tukar jadi Sure Kena Cium

Occipital Lobe tukar jadi Ohh...hospital

Parietal Lobe jadi Parit...


Hmm...kemudian kita imaginasikan saja kisah berikut:

Farah Lobis suka makan Tempe Lebam, sebab itu Bainpun Stim...sure kena cium ohhh...terus masuk Hospital Parit.


Faham takni? Maksud cikgu, bayangkan seorang gadis bernama Farah Lobis. Hobinya suka makan tempe lebam (dah nak basi...he he he). Oleh itu, Bain (singkatan Arbain kot...he he he), jadi stim (faham ke...hu hu), lepas tu sure kena cium....dan ohhh...terus masuk Hospital Parit. Hmm..macam ni agaknya rupa gadis bernama Farah Lobis... he he


Jadi untuk mengingati fakta mengenai otak bayangkan aje gadis bernama Farah Lobis yang menjadikan Bain stim...dan lebih baik lagi anda lekatkan pada label otak itu dan tampal kat bilik. Jadi dengan ini teknik mengingat lebih santai, enjoy, seronok dan tidak membosankan.

Jumpa lagi dan jangan lupa TEMUI CIKGU DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (GERAI PTS PUBLICATIONS) pada hari Selasa, 21 April 2009. Cikgu akan promosikan buku Belajar Santai...Impak Maksima pada hari berkenaan.

Anda juga boleh menjemput cikgu ke sekolah dengan bayaran berpatutan untuk Seminar BESMA yang gerenti menghiburkan...macam pergi Jommmm...Heboh, santai dan sempoi tapi insyallah keputusan meletup. Dail cikgu atau sms untuk pengesahan - 017-3436570 SEKARANG....(tapi berundinglah dengan pihak pentadbiran sekolah dahulu....). Jumpa lagi, salam sayang daripada cikgu.

1 comments:

Unknown May 12, 2009 at 10:56 PM  

Assalamualaikum cikgu,
macam mana di UPSI?Memang formula cikgu ni hebat...cuma bab bain stim tu,ops bahaya cikgu,hehehe

salam dari x-sbpi sabak bernam ^_^

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP