BELAJAR SANTAI 2: BELAJAR SAMBIL MENYANYI

>> Thursday, May 7, 2009


Gambar Hiasan: Penulis bergambar bersama Profesor Abdullah Hassan
dalam acara penyampaian Hadiah Karya Kencana DBP, 9 Disember 2004 di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. Penulis menerima anugerah Karya Kencana DBP (Remaja) pada tahun tersebut.

BELAJAR SAMBIL MENYANYI? BOLEH JE....

APAKAH agaknya kegemaran anda pada waktu petang atau malam, sebaik sahaja balik dari sekolah? Mendengar radio atau lagu kegemaran anda? Atau menonton TV...khasnya rancangan kegemaran Wonder Pet? Masih ingat bagaimanakah melodinya?

Semua orang menggemari lagu, tak kiralah lagu nasyid, lagu rock, lagu rap atau jazz. Dalam kegawatan ekonomi inipun, 7000 orang membanjiri konsert Search di Pulau Pinang. Begitulah penangan sebuah lagu. Tapi bagaimana pula dengan dendangan nota-nota akademik, seperti Sejarah, Sains dan Matematik? Ah!!! Boringlah pula kan...

Dalam teknik belajar santai, anda boleh mengadun lirik lagu konvensional menjadi lirik lagu akademik. Hmm....dengan mengadun lirik lagu sebegini anda akan berasa lebih seronok hendak mendengar dan menghayati nota-nota akademik, malah boleh merakamkan dalam CD dan mendengarnya dalam kereta. Menarik kan?

Lihat contoh berikut; lagu Wonder Pet yang penulis ubahsuai liriknya bagi mengingati fakta topik Evaporation dalam Science UPSR....

Evaporation...why it happens?
Evaporation...why it happens?
Do you want to know...factors affecting?

Dry conditon...dry condition!!
Is the first factor!!

Never forget this factor!!

What is more important!
Hot weather!!
What is more important!
Hot weather!!

Windy Place...Windy Place
also affecting...
big surface area also important!

if we expose our wet clothes
to sunlight and the wind...
they will dry faster...compared left in the shade...


Jadi macamana? Best tak??? Anda boleh mencubanya. Jika ingin maklumat lanjut atau rahsia istimewa mengadun lirik lagu kepada lirik untuk mengingati fakta, kenalah baca buku cikgu, Belajar Santai...Impak Maksima dan/atau menjemput cikgu ke sekolah untuk seminar sehari Belajar Santai...Impak Maksima. Kalau ada 100 pelajar mengikuti bengkel ini, cikgu cuma mengenakan bayaran sebanyak RM 10 bagi seorang peserta dan cikgu akan mengendalikan bengkel dari pukul 8.00 pagi - 5.00 petang. Cikgu akan berkaraoke dengan anda...karaoke lagu-lagu untuk mengingati subjeklah...bukan karaoke macam kat pub tu...hubungi cikgu di talian 017-3436570 dan bagi sekolah yang menjemput, cikgu akan menjual buku Belajar Santai..Impak Maksima pada harga penulis, RM 10 saja berbanding harga pasaran RM 14.90. Okay...jumpa lagi...salam.




0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP