TERIMA KASIH ANAK-ANAK DIDIKKU

>> Monday, May 18, 2009

Add Image




16 MEI, tarikh keramat bagi semua yang bergelar pendidik baru saja meninggalkan kita. Alhamdulillah biarpun cikgu telah meninggalkan sekolah selama dua tahun demi menyahut perjuangan menimba ilmu di UPSI, nampaknya masih ramai yang mengucapkan selamat hari guru melalui SMS, emel dan menghubungi cikgu menerusi telefon.


Natrah (kiri sekali) bersama sahabat-sahabatnya batch SEPINTAR SPM 2005

Demi Tuhan! Cikgu amat terharu dengan kesudian kalian menghubungi cikgu dari kejauhan di rantau orang, bukan sekadar tahun ini, malah sejak 3 tahun berturut-turut. Cikgu masih ingat ketika menyambut Hari Guru pada tahun 2007 dan dilanda rasa sedih lantaran peristiwa tertentu terus mengukir senyuman menerima panggilan telefon daripada Natrah dan rakan-rakannya. Hmm...ingat lagi kalian pada cikgu! Tapi bukanlah tidak menelefon cikgu bererti tidak ingat. Cikgu yakin semua anak didik cikgu mengingati guru-guru mereka.



Natrah dan Syairah

Cikgu masih ingat, Natrah adalah antara anak didik cikgu yang paling berdedikasi, sebagai Timbalan Pengerusi PRS Sesi 2004/05 ketika itu. Beliau banyak menyumbangkan idea, menyertai pertandingan kerjaya dan sebagainya tanpa banyak soal.

Oh! Ya! Tak lupa juga kepada yang menitipkan SMS seperti kiriman:

Ehsan Asyraf (Batch 2005):
Selamat hari guru wahai guru-guruku. Tanpamu apalah kejayaan kami sekarang. Sesungguhnya jasamu kukenang. Dan hanya Allah sahaja dapat membalas jasa-jasamu. Terima kasih cikgu.

Khamisah (Batch 2007):
Saya nak ucap SELAMAT HARI GURU. Thank you for everything. Halalkan ilmu yang diberi ya. Saya start final exam hujung bulan ni. Doakan saya ye...

Sudah tentu cikgu mendoakanmu, Khamisah dan semua anak didik cikgu.

Nasim (Batch 2004):
Salam...ni nasim...saya nak ucapkan Selamat Hari Guru sempena hari guruni...maaf la terlambat sehari tapi saya anggap setiap hari adalah hari guru...terima kasih sebab dah ajar dan didik saya semasa di sepintar. tanpa jasa cikgu tak dapat la saya belajar kt utp ni..saya gak nak mhn maaf selama jd murid cikgu byk silap sy kat cikgu..skang tgh exam week kt utp..mhn doakan yg terbaik utk sy..insyallah sy pun doakan yg terbaik buat cikgu..terima kasih cikgu

Ummul Farhah (Batch 2008):
Nak ucapkan selamat hari guru...tima ksh atas segalanya...doakan kejayaan sy ok. wslm
Umi (Batch 2007):
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan dan kesabaranmu mendidik kami menjadi insan berguna...terima kasih cikgu...
Azreen Syah (Batch '06):
Selamat hari guru...terima kasih atas segala tjk ajar dan ilmu...jasa dan budimu sentiasa dikenang!

Demikian antara titipan ucapan yg cikgu terima...terima kasih semuanya, biarpun jasa cikgu bukan setakat manapun.

Cikgu sekadar memberikan khidmat kaunseling, membantu perkembangan kerjaya, dan mengendalikan program-program motivasi.



Gambar-gambar di atas merakamkan kenangan cikgu mengendalikan program Eksplorasi Alam Kerjaya pelajar-pelajar ke HUKM, bagi batch 2007.

Mengimbas kembali kenangan menjadi guru dan indahnya menjadi guru, cikgu masih ingat lagi detik-detik awal tumbuhnya minat menjadi guru.....bila melihat gambar ini dalam album klasik cikgu

Ha! Ha! Kalian mesti terkezzut besar melihat gambar di atas. Cikgu sebenarnya (yang pakai payung tu...) ketika itu melakonkan watak sebagai klien ketika mengikuti sesi latihan Pembimbing Rakan Sebaya, masa tahun pertama di USM, di bawah bimbingan Prof Madya Dr Wan Halim Othman. Masa tu cikgu ambil bidang komunikasi, bukan perguruanpun. Bila jadi PRS, seronoklah pula nak ambil kaunseling. Malangnya USM tak tawarkan bidang itu ketika itu (1989). Pada tahun-tahun berikutnya cikgu kian teruja apabila mengikuti Baktisiswa dan menjadi 'guru' di kampung angkat. Maka, selepas bergraduan pada tahun 1993 dan bekerja sementara di Persatuan Pengguna Pulau Pinang, cikgupun memohon menjadi guru.

Alhamdulillah, kini cikgu bukan sekadar meniti kejayaan sebagai guru, malah sebagai penulis juga.


Bersama Hadiah Kecemerlangan sebagai Pelajar Cemerlang Akademik dan Keseluruhan, KPLI 1994/05, Institut Perguruan Darul Aman
Bersama buku motivasi pertama, Menuju Puncak Kecmerlangan (2007)

Buku itupun cikgu hasilkan hasil interaksi bersama anak didik juga, berbicara mengenai tips-tips kecemerlangan mereka dan pengalaman cikgu hingga meraih Hadiah Kecemerlangan di IPDA. Terima kasih anak-anak didikku khasnya di SEPINTAR. Okaylah, jumpa lagi dan selamat hari guru buat semua guru-guruku dan rakan-rakan seperjuangan. Jangan lupa dapatkan buku terbaru cikgu, Belajar Santai..Impak Maksima di pasaran.






2 comments:

darah bunga sahara August 10, 2009 at 1:55 AM  

salam..
x sangka nama saya pon ade dalam blog cikgu..
huhuhu.. kenangan sgt time jd prs sepintar dulu..
hinggakn sampai skrg sy still anggap diri sy seorg prs.

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP