KENANGAN PROGRAM DI KEDAH

>> Thursday, July 9, 2009



ALHAMDULILLAH, pada 11 Jun 2009 cikgu berpeluang sekali lagi menabur jasa membantu anak bangsa dengan berkunjung ke SK Sultan Muzafar Syah di Bedong, Kedah Darul Aman atas jemputan sahabat, Cikgu Suhaimi Zaman, kaunselor SMK Taman Ria, Sg Petani, iaitu sahabat lama.

Seronok dapat membimbing anak-anak yang bakal menghadapi UPSR di sekolah luar bandar tersebut. Mereka seronok belajar kemahiran belajar 5 domain dan menghayati pentingnya sikap bekerjasama untuk belajar. Ingat lagi tak kata-kata puitis dalam rancangan kartun popular, Wonderpet:

"APA YANG PENTING....KERJASAMA...."

Belajar dalam kumpulan, sama-sama ajar-mengajar, sama-sama berlatih mengingat jauh lebih seronok daripada belajar sendirian. Kepada anak-anak didik cikgu di SK Sultan Muzafar, teruskan mengamalkan kemahiran belajar lima domain. Kepada guru-guru di SK Sultan Muzafar, khasnya Cikgu Ros yang sudi bersusah payah membantu jualan buku dan CD, terima kasih daun keladi, Allah jualah yang akan membalas jasa cikgu. Kepada anak-anak didik cikgu di sana, terima kasih sudi membeli buku dan CD cikgu, harap dimanfaatkan. Begitu juga dengan Cikgu Suhaimi yang sudi menjemput ke Kedah.

Kejayaan, kecemerlangan sebenarnya MILIK semua insan yang mahu dan ingin berusaha tanpa mengira anda berasal dari bandar atau luar bandar. Firman Allah dalam Surah Al-Israk, ayat 7 bermaksud:

"Sesiapa berbuat baik, maka kembali kebaikan itu kepada dirinya dan siapa berbuat jagat, maka kembali kejahatan itu kepada dirinya."

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP