MEMULAKAN INTERNSHIP DI SEPINTAR

>> Thursday, July 9, 2009


MULAI 6 Julai 2009, cikgu memulakan sesi internship atau lebih dikenali sebagai praktikum di sekolah asal cikgu bertugas, SBPI Rawang (SEPINTAR). Sesi internship adalah sebahagian kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPSI seperti cikgu.

Diam tak diam, cikgu kini sudah meniti ke Semester Empat. Pengajianpun dah hampir tamat, insyallah mungkin dalam Sem Lima pada tahun hadapan, cikgu akan menamatkan pengajian dan posting di mana-mana sebagai pensyarah Institut Perguruan atau bekerja di Putrajaya (Kementerian Pelajaran).

Seronok rasanya dapat kembali ke SEPINTAR, biarpun sebagai guru kaunseling internship. Hmm...gambar-gambar di atas, bagaimanapun diambil sebelum sesi internship iaitu ketika cikgu mengendalikan Bengkel Kemahiran Belajar Lima Domain dengan pelajar Tingkatan 3 SEPINTAR dan bergambar bersama pelajar Tingkatan Lima SEPINTAR pada 14 Jun 2009, sehari sebelum tarikh lahir cikgu.

Sebelum ini, cikgu adalah 'boss' kaunseling di SEPINTAR namun pada masa kini cikgu adalah kaunselor internship yang perlu patuh kepada arahan/perbincangan dengan adik-adik kaunselor di SEPINTAR, cikgu Uji, cikgu Ada dan cikgu Shahnol. Lebih melucukan, ramai pula jadi pengarah termasuklah guru-guru mata pelajaran di bilik guru. Hmm..kelakar pula jadi guru internship..macam guru praktikum maktab atau universiti (under graduate). Sabar ajelah...

Nampaknya ramai yang minat jumpa cikgu untuk sesi kaunseling dalam minggu pertamani. Mungkin tertarik dengan kebolehan cikgu mengenal pasti personaliti melalui ilmu Numerologi (asas) iaitu melalui kiraan tarikh lahir. Haaa....siapa nak tahu personaliti melalui tarikh lahir?? Boleh jerr contact cikgu....huhu....janji ada pengerasnya. Kepada SEPINTARIAN....harap dapat bekerjsama dengan cikgu sepanjang tiga bulan (6.7 - 18.10). Kepada pentadbir, terima kasih segalanya.

1 comments:

sepintar December 7, 2009 at 3:02 AM  

nagus blog ini..Jemput ke blog alternatif sepintar.

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP