JOM RELEKS...KISAH NELAYAN DAN PARI-PARI

>> Friday, December 4, 2009


Ini bukan Pari-pari dan nelayan tahu...gambar hiasan masa cikgu kendalikan
Kem Motivasi Keibubapaan anjuran DBKL yang dikendalikan oleh Arus Services Management
(Cikgu jadi Ketua Jurulatih)

HA HA...ASALAMUALAIKUM....dah lama cikgu tak kemas kini blog. Ok....hari ini cikgu nak beri peluang kepada pengunjung blog ini releks sekejap. Apa kata anda semua ikuti cerita menarik yang disesuaikan daripada Kisah Legenda Rakyat (disesuaikan daripada sebuah emel yang cikgu terima).

Pada suatu hari, Pak Pandir pergi ke hutan mencari kayu api. Apabila lalu ke kawasan tasik, entah bagaimana Pak Pandir tergelincir dan kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Pandir.

Pari-pari : Kenapa dengan kamu Pak Pandir?
Pak Pandir : Kapak aku terjatuh ke dalam tasik

Pari-paripun pergi menyelam ke dalam tasik lalu kembali bersama sebilah kapak perak.

Pari-pari : Inikah kapak kamu?
Pak Pandir : Oh...tidak! Bukan kapak aku!

Pari-pari menyelam kembali ke dalam tasik lalu kembali bersama sebilah kapak emas.

Pari-pari : Inikah kapak kamu?
Pak Pandir : Masya Allah...bukan...tidak mungkin kapak aku! Kapak aku buruk aje!

Pari-paripun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak buruk.

Pari-pari : Inikah kapak kamu?
Pak Pandir : Ya benar...inilah kapak buruk aku. Terima kasih pari-pari.

Pari-pari sukakan sikap Pak Pandir yang jujur itu lalu menghadiahinya ketiga-tiga kapak itu.

Pada suatu hari yang lain, Pak Pandir berjalan-jalan bersama siisteri, Mak Andeh. Entah bagaimana Mak Andeh pula tergelincir ketika menaiki sampan di tengah tasik. Pak Pandir menangis mengenangkan Mak Andeh yang tergelincir dan terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba Pari-pari muncul.

Pari-pari : Aduhai Pak Pandir? Mengapa bersedih? Apa yang boleh aku tolong?
Pak Pandir : Uhuk...uhuk! Isteriku Mak Andeh terjatuh ke dalam tasik...tolong!

Tanpa membuang masa, sipari-pari terus menyelam ke dalam tasik. Tuppp!! Dia kembali ke atas lalu membawa naik Tiz Zaqyah (pelakon Nur Kasih yang cun melecun itu)...

Pari-pari : Inikah isteri kau, Pak Pandir?
Pak Pandir : (menjawab sambil menangis)....ye..ye...itulah isteriku.

Pari-pari menjadi amat murka. Dia lantas menempelak Pak Pandir; "Tak sangka kau yang dulunya jujur, kini sudah tamak....aku akan sumpah kau!"

Sambil menahan pilu, Pak Pandirpun berkata; "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Tiz Zaqyah, nanti kau akan bawa naik pula Hannah Tan, kalau aku kata tidak, baru kau akan bawa isteriku Mak Andeh... bila aku kata 'ya,' kau akan berikan ketiga-tiga mereka kepadaku...aku yang miskin ini tak mampu tanggung mereka semua. Aku setia pada yang satu...hu hu...

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP