KISAH PMR SEPINTAR

>> Thursday, December 24, 2009

r


Salah seorang pelajar cemerlang yang meraih 9 A di SEPINTAR, menerima
slip terus daripada Bonda Pengetua SEPINTAR, Pn Hajah Senaini bt Long. Di sebelah Pengetua ialah Tn Hj Kamilen b Marzuki, Pen Kanan SEPINTAR.

SALAM 1 MALAYSIA. Alhamdulillah hari ini, 24 Disember 2009, cikgu berpeluang meraikan kejayaan anak didik yang mengambil slip keputusan peperiksaan PMR di SBPI Rawang. Alhamdulillah daripada 90 calon, seramai 40 orang calon atau 44% meraih keputusan cemerlang dengan mendapat 9 A. 38 calon lagi meraih 8 A yang bermakna himpunan 8 A dan 9 A ialah seramai 86% dan jumlah ini sememangnya membanggakan dan harus disyukuri,biarpun mencatatkan penurunan (jumlah 9 A) berbanding tahun lepas. Cikgu juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua anak didik di seluruh negara yang mengenali cikgu sama ada sebagai bloggers, penulis tamu majalah e@siswa, ataupun selaku penceramah motivasi/kaunselor dan sebagainya. Antaranya anak angkat cikgu, Yaya yang meraih 9 A dan juga seluruh anak didik cemerlang di SMK Mak Lagam, juga sekolah-sekolah lain seperti sekolah-sekolah menengah di Zon Sentul yang mengikuti kem motivasi DBKL 2009.

Di seluruh negara, kira-kira 28,000 calon meraih semua A dalam PMR. Rasa terharu cikgu melihat ada ibu bapa menitiskan air mata melihat anaknya berjaya, seperti ibu Mariam, salah seorang pelajar SEPINTAR yang meraih 9 A. Apa tidaknya, anak yang dikendong saat mengandung sampai lahir, ditatang bagai minyak yang penuh selama 15 tahun meraih kejayaan yang cemerlang. Sudah tentu bangga sekali!
Ingat...setiap ibu bapa mengharapkan anaknya cemerlang!!


Mariam menangis di sisi ibunya, yang juga terlalu terharu.
Tangisan inilah yang kita mahu daripada pelajar mahupun anak!

Apakah rahsia kecemerlangan pelajar ini? Dalam temubual cikgu, mereka memiliki visi dan misi yang jelas, mentaati perintah Allah, ibu bapa dan guru serta belajar secara santai dan enjoy. Macam Fildza, mendapat 9 A kerana dia belajar secara santai. Shazweena pula bercita-cita menjadi seorang saintis ulung yang mampu menjadi inventor (pereka) seperti Bill Gates yang menghasilkan Microsoft Word atau pereka pen drive seperti yang pernah cikgu nukilkan baru-baru ini. Turut membanggakan ialah Melissa yang sakit perut ketika PMR berlangsung sampai muntah-muntah namun masih mampu meraih 8 A. Begitu juga Luqman, Aiman yang merupakan pemain bola sepak. Sibuk-sibuk bersukanpun masih mampu merangkul kejayaan cemerlang!


Dua gadis manis ini, Aliyah dan Shazweena turut bersyukur meraih 9 A dalam PMR.


Apapun, jangan terlalu bangga dan seronok dengan PMR. Anda ada tugas besar menanti di hadapan, SPM dua tahun lagi. Kepada yang kurang berjaya, redhalah dengan ketentuan Allah. Mungkin ada sedikit kekhilafan anda ataupun sebenarnya kecenderungan anda yang belum teruji, teruskan langkah...mana tahu anda mampu mencipta kecemerlangan luar biasa dalam SPM dua tahun lagi. Jatuh bukan bererti gagal melainkan kita tidak bangun kembali!

Ok...jumpa lagi. Cikgu dah pindah rumah dan alhamdulillah novel cikgu bakal diterbitkan...tunggu cerita seterusnya...Selamat Maal Hijrah dan menyambut Tahun Baru 2010. Dan selamat kembali ke sekolah bersama buku cikgu, Menuju Puncak Kecemerlangan: Tips Sukses dari A ke Z dan Belajar Santai...Impak Maksima.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP