BIJAKSANAKAH SEKADAR MERAIH IJAZAH?
>> Sunday, December 20, 2009
Gambar hiasan: Cikgu bersama rakan sejawat yang sama-sama berjuang
menamatkan ijazah Sarjana Pendidikan (UPSI).
SALAM semua. Pada kesempatan ringkas ini, cikgu sekadar ingin berkongsi dua ungkapan yang cikgu baca dalam Metro Ahad, 20 Disember 2009 dan Mastika Januari 2010. Cikgu percaya ramai pembaca blog cikgu adalah golongan yang sedang bersekolah, belajar di IPT sama ada luar ataupun dalam negara ataupun sahabat-sahabat yang kebanyakannya berijazah.menamatkan ijazah Sarjana Pendidikan (UPSI).
Kadang kala kita bangga benar dengan ijazah yang dimiliki. Ada orang yang sampai berjela-jela menulis ijazah, sijil, diploma yang dimiliki pada kad bisnesnya. Namun jangan terlalu bangga, teruja dan terpedaya.
Renungan pertama cikgu hari ini ialah ungkapan yang dititipkan oleh Hishamuddin Rais dalam ruangan kolumnya di Mastika, "Albert Einstein, Kate Moss & Universiti Pasar Seni..." (Mastika Januari 2010):
" Ingat, pelajaran bukan menjamin kamu menjadi bijaksana!"
" Apa yang kamu maksudkan...tidak menjadi bijaksana?"
" Satu perkara biasa."
" Jadi, apa yang jadikan kamu bijak?"
" Kehidupan, itulah sebenarnya."
(Dipungut daripada novel Cancer Ward oleh Alexander Solzhentisyn - Pemenang
Hadiah Nobel untuk Sastera 1970).
Renungan kedua, nukilan Zaharuddin Abd Rahman, "Dugaan Pendakwah" dalam kolum beliau (Metro Ahad, 20/12/09) mengenai petikan hadis bermaksud:
"Antara yang terawal diadili pada hari kiamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka: "Apakah yang kamu sudah perbuat (amalan di dunia dulu)? Jawabnya "Aku berjuang untuk-Mu (wahai Allah swt) sehingga mati syahid. Dibalas: Kamu berbohong tetapi kamu berjuang untuk digelar SANG BERANI. Maka dikatakan, ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka. Ditanyakan kepada (orang kedua): Apakah yang kamu perbuat (amalan di dunia dulu)? Jawabnya: Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan kerana-MU al-Quran. Dijawab semula: Kamu berbhobong, kamu mempelajari ilmu, agar kamu boleh digelar ALIM. Kamu membaca al-Quran agar digelar QARI. Maka dikatakan, ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka. Ditanyakan kepada (orang ketiga): Apakah yang kamu perbuat (amalan di dunia dulu); Jawabnya : Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakan kecuali aku dermakannya kerana-Mu. Dijawab semula: Kamu berbohon kamu mendermakannya agar kamu digelar DERMAWAN. Maka dikatakan kepada malaikat, lalu ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka. (Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah).
Renung-renungkan!
0 comments:
Post a Comment