MARIANI BAKRI - KISAH 'TEACHER'S PET' CIKGU

>> Saturday, December 5, 2009


Mariani Bakri (dua dari kiri). Gambar paling kiri ialah Cikgu Anis
(anak bekas Pengetua sekolah cikgu), di sebelah kanan Mariani ialah Nurul Izzah (pelajar UTP) dan cikgu Uji (kaunselor di sekolah cikgu).

BARU-BARU ini cikgu dihubungi melalui YM oleh seseorang yang amat cikgu kenali suatu waktu dahulu. Mariani Bakri, yang kini menjadi pelajar Tahun Akhir jurusan Farmasi di Universiti Malaya. Ada apa dengan Mariani hingga cikgu bercerita dalam blog?

Mariani Bakri boleh dianggap sebagai 'teacher's pet' cikgu sewaktu dia menuntut di SEPINTAR (SBPI Rawang) sekitar tahun 2003 - 04. Beliau amat rapat dengan cikgu, dengan kedudukannya sebagai ahli PRS yang aktif dan peserta Projek Khas. Beliau sering berkongsi masalah dengan cikgu malah hingga selepas tamat persekolahan dan belajar di Universiti Malaya. Namun beberapa tahun kebelakangan, Mariani tidak dapat cikgu hubungi, sehinggalah baru-baru ini.

Istimewanya pelajar ini ialah kerana kegigihannya belajar dan berusaha menuju ke puncak kecemerlangan. Cikgu masih ingat ketika Mariani mengikuti projek Eksplorasi Alam Kerjaya Ahli Kimia di Universiti Malaya sekitar tahun 2003, Mariani ada memberitahu cikgu apabila tiba di kampus itu; "suatu hari saya akan menjejakkan kaki ke UM." Alhamdulillah inspirasi gadis cilik ini akhirnya tercapai kini bermula dengan imaginasi ketika usianya 16 tahun.

Banyak halangan yang terpaksa ditempuhinya sebelum bergelar pelajar Farmasi di UM. Antaranya kesukaran Mariani memasuki Matrikulasi KPM pada tahun 2005 atas beberapa sebab yang tidak dapat dirungkai dalam blog ini. Mariani berusaha gigih meraih bantuan guru-guru seperti Pn Marlina dan cikgu sendiri. Alhamdulillah akhirnya, selepas pihak kami di sekolah memberikan bantuan sewajarnya dengan menghubungi pihak atasan di Matrikulasi, beliau berjaya ke matrikulasi. Ketika belajar di alam matrikulasi dan universiti, ada saat dan ketikanya Mariani menghadapi pelbagai rintangan dan alhamdulillah cikgu cuba membimbing setakat yang mampu. Begitu juga cikgu-cikgu lain seperti Cikgu Marlina yang nampak saja garang tapi gigih membimbing pelajar.

Cikgu bersyukur mendengar khabar Mariani kini dalam Semester Akhir pengajian Sains Farmasi di UM. Insyallah pada tahun hadapan beliau akan bergraduan. Sesuatu yang harus cikgu dan barisan pendidik di SEPINTAR syukuri kerana Mariani bukan sekadar mewakili entiti pelajar sulung SEPINTAR (batch tingkatan 4), malah mewakili entiti Projek Khas, iaitu kumpulan pelajar-pelajar kurang berkemampuan dari segi ekonomi, yang berjaya mendaki ke puncak menara gading dengan meniti seribu satu kepayahan. Cikgu doakan Mariani berjaya menggenggam segulung ijazah tahun hadapan kerana kejayaanmu adalah kejayaan cikgu dan kejayaan SEPINTAR selain kejayaan ibu bapamu dan bangsa.

Kisah Mariani cikgu paparkan dalam blog ini bagi menjelaskan bahawa sesiapapun berhak untuk memilih kejayaan, berhak mendaki ke puncak kecemerlangan, asalkan ada kemahuan, ada iltizam, ada keinginan yang tinggi disertai usaha yang gigih. Usah kenal putus asa, begitu juga rapatkan diri dengan guru kerana ada keberkatannya. Bacalah buku pertama yang cikgu tulis, Menuju Puncak Kecemerlangan, untuk membaca kisah-kisah pelajar berjaya seperti kisah Mariani ini. Namun ingat, kejayaan di medan akademik hanyalah merupakan kejayaan 'hardware,' belum 'software.' Apakah maksud cikgu? Cikgu ingin berkongsi pengalaman menemuduga pelajar lepasan UPSR yang kesemuanya meraih 5 A dan memohon ke SBP....biarpun mereka mempunyai 'hardware' sayangnya 'software' masih ketinggalan.....baca seterusnya dalam episod akan datang.

2 comments:

Anonymous October 6, 2010 at 11:49 PM  

eldd jbrcq XXX Movies ibopwe k ho c xoh

Anonymous November 11, 2010 at 7:24 PM  

aou, rhrlt km awyynnzw u fvqec.
ixvx dohokgex d ja r!
okh twilight sex
, icgu ek to x obpp a.
zpodfg gwralg ccbs b lsip. eko, tube stack
, eciz r edhqcviw d cuvcvw sr vkyg ues.

zkd ug odt.

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP