MENJELANG 2010: ADA SEBUAH KISAH...
>> Tuesday, December 29, 2009
ALHAMDULILLAH kita telahpun menjengah Maal Hijrah 1431H dan dalam tempoh sehari sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan Tahun Baru 2010M. Pelbagai resolusi, azam dicipta menjelang tahun baru. Namun bagi cikgu, yang terbaik ialah bertadabbur, menoleh ke belakang sekejap, bermuhasabah diri mengenai kekhilafan sepanjang 2009 dan meneruskan perjuangan yang belum selesai pada tahun 2009.
Sesungguhnya menjelang 2010, ada 10 perkara yang perlu cikgu bereskan dan perkara baru yang akan berlaku:
1. Menyelesaikan tesis
Aduhai! Tesis sebenarnya adalah bak anak yang dikendong dalam perut dalam hidup seorang penyelidik seperti cikgu. Selagi anak tak lahir, selagi itulah diri diulit keresahan yang tak sudah. Proposal dah diluluskan, malah kelulusan EPRD dahpun diperolehi, namun pinangan kepada SBP belum berbalas (menanti kelulusan Bahagian SBP dan Sek Kluster, KPM). Insyallah agaknya awal Januari, cikgu akan dapat kelulusan baru boleh mengumpul data di SBP. Doakan sahaja perjuangan cikgu berhasil kerana cuti hanya berbaki dua bulan sahaja.
2. Bergraduan
Jika tesis selesai, kena fikir pula tentang graduasi. Nak bergraduasi, kena lulus final viva. Target cikgu tahun depan, biarlah melepasi final viva dan dapat bergraduan setidaknya tahun 2011.
3. Mendapat cahaya mata baru (yang ke-5)
Insyallah pada bulan Januari, cikgu akan mendapat cahaya mata ke-5 yang diberi nama Puteri Nur Kasih. Doakan segalanya selamat.
4. Berpindah sepenuhnya ke rumah baru.
Cikgu sedang dalam proses perpindahan ke rumah baru di No 5, Pesiaran Desa Puteri 1, Desa Puteri, 48020 Rawang. Kini pindah barang sikit-sikit.
5. Menghasilkan novel baru
Selepas tidak berkarya (novel) selama 13 tahun, kini cikgu berkarya lagi. Insyallah berjodol Teratak Zikir Kasih....novel yang mengisahkan keperitan hidup remaja yang terpinggir daripada arus kehidupan.
6. Mula bekerja di tempat baru.
Bulan Mac 2010 insyallah cikgu akan menamatkan pelajaran/cuti belajar dan akan mula bekerja di tempat baru. Tak tahulah di mana...sekolah ke, Institut Perguruanke, Kementerian atau apa....wallahua'lam. Berdebar jugani! Nak balik ke SEPINTAR, tempat dah diisi.
7. Isteri akan berusaha mendapatkan lesen dan mula berdikari.
Selamani cikgu ulang alik hantar dan ambil isteri dari/ke tempat kerja, mulai tahun depan, dia akan ambil lesen kereta dan akan memandu sendiri ke tempat kerja.
8. Menamatkan perjuangan sebagai kolumnis e@siswa dan aktif berblog.
Mulai Januarini tamatlah perjuangan cikgu sebagai kolumnis e@siswa dan cikgu akan aktif dengan blog, aktif sebagai blogger sepenuh masa.
9. Menjadi kaunselor berdaftar/profesional.
Insyallah apabila tamat belajar, cikgu bolehlah memohon untuk menjadi kaunselor berdaftar/profesional pada tahun depan. Itupun kalau bergraduan tahun depan.
10. Memasuki era 40-an.
Insyallah mulai tahun depan, cikgu sudahpun melewati 40 tahun dan bermulalah era kematangan.
Apapun, doakan kejayaan cikgu sentiasa, terima kasih atas sokongan anda dan akhirulkalam, renungi cerita ini:
Pada suatu hari, ada seorang eksekutif muda memandu kereta ke sebuah desa, saja-saja makan angin. Dengan angkuh, dia menghirup udara pagi sambil memandu BMW yang baru sahaja dibelinya. Sambil memandu, dia menoleh ke kiri dan ke kanan menikmati pemandangan.
Tiba-tiba pandangannya tertancap ke arah seorang kanak-kanak yang sedang mengintai-intai di celah-celah deretan kenderaan di pinggir bandar itu. Teruja dengan apa yang dilihatnya, eksekutif ini memperlahankan kereta dan memerhatikan kanak-kanak itu. Entah-entah pengemis dari mana, getus hati kecilnya.
Sebaik sahaja melepasi kawasan itu, sianak kecil tidak lagi kelihatan namun sebiji batu telah dilontarkan tepat mengenai pintu kanan BMW yang dipandu eksekutif itu. Tanpa membuang masa, dengan penuh amarah, sianak muda ini mengundurkan keretanya laju-laju lalu memberhentikan tepat di kawasan kanak-kanak tadi mengintai-intai. Dia ternampak kanak-kanak itu lalu segera menyergahnya.
"Heii...budak! Apa kau dah buatni bahlul! Kau baling kereta aku apasal! Tengok dah kemek! Kau tahu berapa ratus ribu aku beli keretani...dengan pakaian selekeh macamkau ni mampu nak bayar ke?" Sergahnya dengan penuh kemarahan. Seraya dengan itu, ia terus menerkam budak itu dan menghempas kepalanya ke pintu kereta.
Sianak kecil terkesima dan tunduk mengakui kesalahannya. Air matanya bergenang membasahi kolam matanya.
"Maafkan saya, pak cik. Saya tak sengaja. Saya sebenarnya dah tak tahu nak buat apa, pakcik. Saya terpaksa melontar batu kerana tiada siapa mahu berhenti ketika saya memanggil...."
Eksekutif muda itu terkejut.
"Pakcik tengok tu...di sana, abang saya terjatuh dari kerusi roda di tebing sebelah. Tak ada siapa nak angkat. Boleh tak pakcik tolong saya. Ia terlalu berat untuk saya...."
Tahukah anda apakah yang terjadi seterusnya? Insyallah cikgu akan ceritakan pada malam tahun baru. Selamat menyambut tahun baru.

0 comments:
Post a Comment