SELAMAT TAHUN BARU 2010: IKUTI SAMBUNGAN KISAH EKSEKUTIF MUDA & ANAK KECIL
>> Thursday, December 31, 2009
SELAMAT TAHUN BARU 2010! Maafkan cikgu lupa hendak kemas kini cerita pada malam Tahun Baru. Lagipun bilik master bed room rumah cikgu baru pasang air cond, jadi anak-anak cikgu seronok sekali tidur dalam bilik itu bersama kami, sampai terlupa hendak sambung cerita. Pasti ramai ternanti-nanti!
Sieksekutif muda itu berasa amat terharu hingga bergenang air matanya. Serta merta dia melapaskan sianak kecil tadi yang direntapnya. Kemudian dia segera membantu mengangkat abang anak kecil itu dan meletakkannya kembali ke atas kerusi roda.
"Terima kasih pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat..."ujar sianak kecil seraya dilepaskan. Eksekutif muda itu memeluk sianak kecil bagai seorang ayah yang terjumpa anak selepas kehilangan anak sekian lama.
Eksekutif muda itu kemudian memandang penuh kesayuan sianak kecil yang menyorong perlahan-lahan abangnya yang cedera dan cacat itu pulang ke rumah. Sayu melihat ketegaan sianak mendoakannya dunia dan akhirat; dirinya yang diselaputi keegoan yang mencengkam.
Eksekutif muda itu berjalan menuju ke arah BMW barunya yang kemek terkena batu tetapi ia bertekad membiarkan sahaja ia terus kemek. Ia bagi mengingatkan dirinya agar tidak terkejar-kejar dengan kehidupan ini sehingga seseorang perlu melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.
PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA
Cerita ini mengingatkan kita, bahawa Allah tidak menjanjikan bahawa hidup ini tidak pernah susah, bersuka ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberikan kita kekuatan, menenangkan kita sewaktu kesedihan dan menunjukkan jalan sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Sempena Tahun Baru 2010 yang mengiringi ketibaan Maal Hijrah 1431, renungi cerita ini sedalam-dalamnya. Kekadang kita dilanda derita, tetapi ingat, derita sebenarnya jambatan untuk menuju kesenangan andai kita cari hikmahnya. Kekadang kita dilanda kesenangan, tetapi itu bukan tiket untuk kita bersikap sombong. Bagimu hanya rezeki, terlebih memberilah...kata Herman Tino dalam sebuah lagunya (Herman Tino adalah penyanyi 80-an). Bersamalah kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik, insan yang memberi/pemurah dan bersyukur.

1 comments:
selamat tahun baru...moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas...
Post a Comment