TIPS SIHAT & SANTAI 2010 (2): PETUA MANDI

>> Monday, January 11, 2010


Bestnya mandi air terjun.

SALAM. Haa...cikgu hendak mandi pagini. Okay...petua kedua yang sempat cikgu berikan sebelum pergi mandi pagi ini ialah petua mandi yang sihat. Macamana ya korang semua mandi? Hah! Macam biasalah....pergi bilik mandi, buka shower dan zooommm...macam mandi kat air terjun!

Silap tu sayang! Jangan amalkan mandi dari kepala ke bawah. Mandi secara songsang, dari kaki sampai ke kepala. Mulakan dengan menjirus air ke bahagian betis, kemudian naik perlahan-lahan sampai ke peha, kemudian pinggang, perut dan akhirnya kepala. Apakah kelebihannya?

Menurut pakar-pakar motivasi, kesihatan dan amalan cikgu selama ini, mandi begini dapat membantu sistem peredaran darah. Mandi daripada bahagian atas akan menyebabkan sistem pendarahan otak mengecut dan ini menjejaskan sistem pertahanan badan. Mandi secara songsang dapat membantu kita;

1. Hidup lebih tenang, emosi lebih stabil
2. Pengamalnya mengalami awet muda
3. Mengurangkan tekanan
4. Melancarkan perjalanan darah
5. Menguatkan daya ingatan
6. Mengurangkan sakit kepala.

Banyak lagilah...rujuk web http://www.pakarhowto.com/teknik/panduan-cara-mandi-dengan-betul.html. Tapi ingat cikgu bercakap bukan hanya melalui pembacaan tapi amalan sejak lama dahulu.

Okay siri ketiga nanti cikgu ingin berkongsi petua...sabun yang mujarab bagi mengatasi rasa mengantuk, menghilangkan bau badan dan menambah kecantikan.Tak boleh cerita sekarang, cikgu hendak mandi. Tunggu!!

2 comments:

Cikgu Esa January 13, 2010 at 12:45 AM  

terima kasih cahayaharumankasturi. Teruskan membaca blog cg...tak lama lg petua sabun menyabun pula. Yela dh mandi kena pakai sabun.

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP