TIPS SIHAT & SANTAI 2010 (1): TERAPI AIR

>> Friday, January 8, 2010


Allah menciptakan air dengan seribu satu khasiat.

ASALAMUALAIKUM semua. Nampaknya genap seminggu cikgu tidak menulis dalam blog ini justeru sibuk menguruskan anak-anak ke sekolah, taska dan berpindah sepenuhnya ke teratak baru cikgu di Desa Puteri. Nampaknya dalam minggu pertama tahun 2010, negara kita dipanaskan dengan isu-isu mengerikan dan merimaskan seperti kes pembunuhan mengerikan di Negeri Sembilan (sampai putus kepala dan ditanam berasingan..masya-Allah) dan polemik penggunaan nama Allah yang mencetuskan konflik di negara kita. Moga-moga negara kita aman..oh ya, cikgu kurang berminat memperkatakan isu-isu panas ini.

Apa kata kita sambut ketibaan Tahun Baru dengan wajah ceria dan semangat baru hendak berhijrah ke arah perubahan yang lebih baik pada diri. Baru-baru ini cikgu menjalani pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah, selain masalah obesiti, cikgu tidak menghadapi masalah tekanan darah, kelebihan glukosa dalam darah dan ancaman sakit buah pinggang.

Rahsia cikgu? Hmm..pertamanya bersikap tenang sentiasa. Keduanya, cikgu amalkan Terapi Air pada setiap hari. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan sebagai Terapi Air? Terapi Air adalah bermaksud pengambilan air kosong (drinking water bukan mineral water) pada setiap kali bangun pagi. Bangun sahaja setiap pagi, selain memanjatkan kesyukuran kepada Allah, cikgu terus mengambil air kosong, iaitu dalam botol besar (1.5 liter), dan meneguk air itu sebelum memberus gigi, mandi dan sebagainya. Teguk macam tu aje? Yup. Mula-mula memang tak larat nak minum sampai 1.5 liter. Mula-mula dulu cikgu minum segelas air kosong, kemudian satu botol kecil (500 ml) dan kini alhamdulillah satu botol besar setiap hari.

Kesannya, alhamdulillah dapat mengurangkan sakit kepala, migrain, rasa letih dan beberapa komplikasi penyakit lain. Dahulu cikgu kerap migrain sampaikan pernah menjalani pemeriksaan di Institut Neurologi, HKL dan menjalani MRI kerana makan Panadolpun tak kebah... Kini alhamdulillah berkat mengamalkan Terapi Air, cikgu dapat mengurangkan masalah kesihatan itu.

Tahukah anda Terapi Air telah diamalkan di Jepun dan India dan dibuktikan oleh saintis tentang keberkesanannya. Terapi Air dapat menghindari (insyallah) penyakit-penyakit ini:
1. Sakit kepala
2. Penyakit arthritis
3. Masalah jantung
4. Epilepsi
5. Asma
6. Tibi
7. Penyakit buah pinggang dan berkaitan urin
8. Diabetes
9. Cirit-birit
10. Semua penyakit mata
11. Penyakit tekak
...dan banyak lagi. Tapi pembuktian secara saintifik, anda rujuklah laman-laman sesawang yang memperkatakan Terapi Air dan berhubunglah dengan doktor/saintis berkenaan. Cikgu bercakap berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang lain. Abang cikgu juga ada yang mengamalkan, begitu juga dengan ibu dan ayah.

Demikian perkongsian cikgu pada minggu pertama tahun 2010 ini. Petua kedua yang akan cikgu kongsikan pula ialah bagaimana menangani rasa mengantuk dengan amalan mandi yang betul. Ha...ha...lepas minum air, berus gigi dan mandilah kan.

1 comments:

putra April 27, 2010 at 2:17 AM  

Salam ziarah, perkongsian pnglmn dan info yg menarik. moga cikgu sihat dan sukses slalu.

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP