INGIN MENGGENGGAM RM 30 K SETIAP BULAN?

>> Sunday, October 3, 2010


PERNAHKAH anda berimpian menggenggam pendapatan sebanyak RM 30 K setiap bulan? Subhanallah...RM 30 K atau mengikut angka RM 30,000.00...banyaknya. Sedangkan ketika saya memasukkan RM 10 K untuk bayar duit muka Exora pada bulan Julai lalu (alhamdulillah berkat menyertai Score A)...pun dah terasa tebal duit tu. Bayangkan aje kalau RM 30 K...maknanya ada 600 keping duit RM 50.00. Nak masuk dompetpun boleh koyak rabak, poket seluarpun kembung!!!

Kini renungkan pula bagaimana anda mahu menghabiskan duit sebanyak itu setiap bulan:
1. Mungkin sekitar RM 2000 bayar kereta mewah seperti BMW 5 Series
2. Sekitar RM 3000 - 5000 nak bayar banglo
3. Sekitar RM 2000 nak bagi mak ayah tiap bulan
4. Sekitar RM 5000 nak simpan kat bank/tabung haji
5. Sekitar RM 5000 guna untuk makan/minum/melancong/jalan-jalan/duit minyak/bil dll

Waduh...masih ada berbaki lagi....subhanallah. Bakinya anda boleh saja salurkan untuk tujuan kebajikan; membantu anak yatim/fakir miskin, rakyat Palestin di Gaza dan mangsa banjir di Pakistan.

Tentu anda berimpian mendapat RM 30 K. Tapi bagaimanakah caranya?
Ada tujuh cara nak dapat RM 30 K dan melalui kehidupan mewah seperti di atas:

1. Menjadi CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Syarikat.
Saudara, kalau berangan-angan mahu menjadi CEO, anda haruslah memiliki sama ada kelayakan akademik tertinggi...Master atau Ph D dan berpengalaman bekerja dalam sektor pengurusan dan profesional di GLC atau syarikat selama lebih 20 tahun. Mampukah anda???

2. MENJADI SEORANG PROFESOR

Anda juga boleh memilih untuk mendaki kejayaan di bidang akademik sehingga ke tahap tertinggi dan bergelar Profesor. Bermula dengan pencapaian akademik cemerlang di peringkat sekolah, anda perlu meneruskan pengajian ke tahap sarjana muda, sarjana, Ph D dan selepas itu bergelut dengan bidang penyelidikan sehingga menduduki takhta Profesor - mungkin mengambil masa dalam 20 tahun! Sanggupkah anda???

3. MENJADI SEORANG MENTERI


Pilihan ketiga ialah berjuang di medan politik sehingga anda menduduki takhta Menteri atau Perdana Menteri. Bayangkan anda perlu menyertai parti politik, bertanding jawatan tertentu di peringkat bahagian hingga menang, melobi untuk dicalonkan dalam pilihan raya seterusnya melobi lagi jika menang dalam pilihan raya agar dapat jadi menteri. Sanggupkah anda mengharungi jerit perih dunia politik?

4. MENJADI AHLI PERNIAGAAN BERJAYA
Pilihan ke-4 berusahalah untuk menjadi ahli perniagaan berjaya, seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar di atas), individu ke - 8 terkaya di Malaysia. Tetapi harus diingat...nak berjaya dalam perniagaan, anda perlu memikirkan 4 perkara asas; Modal, Premis, Pengalaman, Komitmen antara 16-20 jam sehari. Modalpun dalam 5 angka...sanggupkah anda? Tempoh masa antara 10-15 tahun....

5. MENJADI ATLIT TERKEMUKA

Juga boleh jadi kaya dengan menjadi atlit terkemuka seperti Datok Lee Chong Wei. Persoalannya berbakatkah anda dalam bidang sukan dan mampukah menembusi kejohanan antarabangsa?

6. MENJADI ARTIS/PENULIS/PELUKIS

Anda juga boleh jadi kaya raya dengan menjadi artis terkenal. Soalnya sekali lagi, berbakatkah anda???

7. MEMILIKI SAHAM BERKOYAN-KOYAN.

Anda juga boleh meraih RM 30 K dengan memiliki saham atau bon berjuta-juta ringgit. Soalnya adakah anda berani menanggung risiko dan memiliki cukup modal untuk itu???


Jika ketujuh-tujuh kaedah di atas tidak mampu anda tembusi, ada satu cara lagi nak dapatkan RM 30 K dalam tempoh paling lama 2 tahun. Bagaimana? Hubungi saya menerusi SMS dan saya akan berkongsi caranya.



1 comments:

Anonymous October 26, 2010 at 1:37 PM  

Hey, I can't view your site properly within Opera, I actually hope you look into fixing this.

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP