ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH VIVA

>> Tuesday, November 23, 2010


Barisan panel yang handal dan hebat...dipengerusikan oleh
Prof Madya Dr Amir Hasan Dawi, dan dibarisi Prof Madya Dr Raja Anisa,
Dr Mohamad Nasir Bistamam


Wajah ceria seorang aku selepas viva master

ALHAMDULILLAH berkat doa diri sendiri, rakan-rakan saya telah berjaya melalui ujian paling sukar di peringkat pengajian Sarjana Pendidikan (Kaunseling) UPSI iaitu Viva Master. Pada tanggal 12 November 2010, sedang diri ini bergelut dengan tugas sebagai kaunselor (biasalah melayan budak-budak lepas PMR), pada tepat pukul 3.00 petang saya telah membentangkan disertasi bertajuk "Tingkah laku Buli daripada perspektif Teori Pilihan (Choice Theory): Kajian Kes di Sekolah Berasrama Penuh," di hadapan panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI, Prof. Madya Dr Amir Hasan Dawi dan barisan panel yang menggerunkan...Dr Mohamad Nasir Bistmamam, pensyarah kanan kaunseling (mantan Ketua Jabatan), dan Prof Madya Dr Raja Annisa, Timb Dekan Institut Pengajian Siswazah. Turut hadir ialah Penyelia saya, Dr Ahmad Jazimin dan wakil IPS (sekretariat). Aduss...betapa berdebarnya membuat pembentangan depan dua profesor dan pensyarah-pensyarah kanan. Tambah mengharukan apabila 'dibuli' selama 3 jam dalam bilik viva Al-Farabi.....satu demi satu kelemahan disertasi disingkap....alhamdulillah berkat kegigihan penyelia saya mempertahankan saya....saya lulus bersyarat Viva Master. Kena betulkan balik selama beberapa bulan....



MENGHADIRI MAJLIS HI TEA SUBEST....GLAMOURNYA



SEHARI lepas viva, dengan perasaan ceria selepas lulus pembentangan (biarpun bersyarat...lama juga tempoh diberi)....saya hadiri pula Majlis Hi Tea anjuran SMK Subang Bestari di Sunway Resort pada 13 November 2010, iaitu 3 hari sebelum sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha dan cuti semester.

Punyalah bergaya pakai baju bunga-bunga, bertopi ala Michael Jackson, kalah juga pertandingan Raja dan Ratu Floral. Nasib baik dapatlah juga hadiah pinggan bertingkat...dapat hias almari sudut kayu jati yang baru saya beli.

Buat rakan-rakan guru SUBEST, wow...glamournya masing-masing pada hari tu. Pakai mengalahkan artis-artis...ha ha.


MENGHADIRI KURSUS OTAK TENGAH SIR SHOFRI




BARU-BARU ini pula, pada 20 November, lantaran tak jadi balik kampung (ditangguhkan) kerana anak sakit masa Raya Haji dan masih baru nak baik demam, saya bersama Pak Lah (YDP PIBG SUBEST) dan En Joned telah menghadiri Kursus Otak Tengah anjuran Sir Shofri di PWTC. Best gak ikuti kursus ni...barulah tahu kita ada OTAK TENGAH..ingatkan ada otak kanan, kiri, belakang aje....dan ada tips berfaedah daripada Sir Shofri agar kita lebih CEPAT KAYA...macmana...rahsialah...kenalah hubungi saya...he...he


Saya (kiri) dan Pak Lah (YDP PIBG)



Sempat posing dengan Sir Shofri...bilalah saya nak jadi sehebat dia?



0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP