KETUANAN MELAYU DAN NOSTALGIA MR JAILANI

>> Sunday, November 28, 2010


Saya tidak tahu hendak menggambarkan perasaan yang bergejolak dalam diri apabila membaca berita yang tersiar di dada-dada akhbar pada 28 November 2010 seperti di atas. Sukar hendak menggambarkan, membayangkan, memikirkan, merasakan betapa seorang manusia bergelar pemimpin berbangsa Melayu-Islam mengajak ahli-ahli partinya dan mungkin juga ditujukan kepada semua orang, KITA PERLU TINGGALKAN KETUANAN MELAYU.

Saya bukan pendokong, pemuja, pengikut mana-mana parti politik; UMNO, PAS, PKR, atau apatah lagi MCA, MIC, dan DAP. Saya hanya pengikut parti 'GERAKAN' - Tak gerak, tak makan! Tetapi hati ini berasa sayu apabila ada orang Melayu rasa hina hendak menjadi orang Melayu; rasa hina hendak menjadi pemimpin di bumi sendiri.

Ketuanan Melayu sebenarnya terlalu disalah tafsirkan. Ketuanan Melayu ditakrifkan oleh golongan oportunis politik sebagai menjadikan Melayu itu tuan, bangsa lain hamba atau menjadi pengikut, tertindas. Mereka menganggap Ketuanan Melayu sama macam aparteid di Afrika atau dianggap sebagai assobiyah. Satu lagi tanggapan ialah berkuasanya segolongan elit Melayu yang hanya menguntungkan kroni mereka. Masyarakat marhaen pula sekadar mengiyakan tanggapan oportunis ini.

Inilah masalahnya apabila cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar. Kalau ada sijil menggunung sampai dapat PhD sekalipun tapi otak tak boleh diguna, memang bermasalah besar. Allah jadikan minda kita untuk berfikir. Cuba dalami hakikat sesuatu perkara sebelum begitu cepat kita melatah.

Ketuanan Melayu berdasarkan Perlembagaan Negara dan sebagaimana dinukilkan oleh Prof Khoo Kay Kim (baca http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/09/prof-khoo-kay-kim-balun-pakatan.html ) adalah berasaskan Perkara 153 dan bersangkutan dengan Kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah di negara kita. Maksud sebenar ketuanan Melayu ialah dengan mengambil kira kedudukan dan kedaulatan raja-raja sebagai pemerintah negeri-negeri dan Yang DiPertuan Agung sebagai pemerintah di peringkat kerajaan pusat.

Menolak Ketuanan Melayu bererti usaha meminggirkan raja-raja sebagai tonggak pemerintahan negara. Dalam perkataan lain, ini adalah usaha sistematik bagi menjadikan Malaysia sebagai Republik yang berketuakan Presiden. Mahukah kita perkara ini berlaku? Lebih ironis, bakal Timbalan Perdana Menteri (baca...Timb Presiden????) dijanjikan oleh pihak tertentu adalah pemimpin parti yang majoritinya Cina, iaitu Lim Kit Siang.

Mengamati segala susur galur peristiwa yang berlaku hari ini, mengingatkan saya bagaimana dimotivasikan berasaskan pentingnya menjaga kelangsungan hidup umat Islam-Melayu pada tahun 1986 - 88 sepanjang berada dalam Tingkatan 5 - 6 Atas di Sek Munsyi Sulaiman (SMS) dahulu. Kami ditanamkan akan kesedaran mendalam perlunya merebut peluang yang makin terhakis di bumi sendiri - iaitu pendidikan lantaran sejak 1980-an lagipun kelangsungan hidup Melayu telah tergugat di bumi sendiri. Yang tinggal cuma Keretapi Tanah Melayu, Baju Melayu....dalam hal ini saya berterima kasih kepada Mr Jailani Rusni yang menjadi Pengetua SMS pada tahun 1985 - 1988...saya dengar khabar beliau dinaikkan pangkat hingga menjadi Pengarah JPN Johor (Mantan). Masih ingat lagi formula mudah yang diajar oleh Mr Jailani iaitu I + U = C, I - U = A, keinginan ditambah dengan usaha akan menjadi cita-cita, keinginan tanpa usaha akan menjadi angan-angan! Kami yang tidak sedar tentang cita-cita dan sibuk bermain masa belajar (pelajar Melayu) mengikuti program motivasi pada bulan Julai, 1986. Antara penceramah ketika itu ialah Pn Hamidah Baba, yang dikhabarkan menjadi Pengarah MPPM pada 1990-an (wallahua'lam sekarang), yang begitu tegas dan garang. Masih terngiang di telinga saya pada masa beliau memberikan ceramah, beliau bertanya; berapa orang nak dapat semua A dalam SPM? Seorangpun tak angkat. Beliau lalu mahu menghalau semua keluar dari dewan dan Mr Jailani turut memberikan penegasan. Berkat program itu, alhamdulillah saya yang layak dapat pangkat 2 sahaja dapat juga Pangkat 1 SPM.

Ketika Tingkatan 6, Mr Jailani berterusan memberikan motivasi dan bimbingan. Dia rajin panggil kami masuk ke pejabat dan memberikan rangsangan. Beberapa kali juga saya terpilih mengikuti Kem Kesedaran Ummah anjuran Biro Tatanegara. Kem-kem inilah yang bukan sekadar merangsang daya juang saya untuk cemerlang dalam akademik, malah membuakkan darah perjuangan membantu kelangsungan hidup umat Melayu-Islam dan Islam keseluruhannya. Terima kasih Mr Jailani...


3 comments:

Fadhilah Hanapiah August 3, 2016 at 10:03 AM  
This comment has been removed by the author.
Fadhilah Hanapiah August 3, 2016 at 10:06 AM  
This comment has been removed by the author.
Fadhilah Hanapiah August 3, 2016 at 10:07 AM  

Alhamdulillah berkat kata2 semangat bekas pengetua smsj en jailani rusni.. kami berjaya. Program pro sap spm1995 menyentuh hati kami dan memberikan kami rasa ingin sama2 berjaya mcm org lain. Kami ada bakat.. kami boleh buat!

Syukur kami berjaya dlm spm...dan kini masing2 mengorak langkah & menabur bakti. Berkat kasih syg dan tunjuk ajarmu, moga kalian diberi kekuatan dan kesihatan, juga diberkati allah sentiasa.. amin...

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP