SEJARAH 21 TAHUN LALU YANG MENGUBAH LANDSKAP HIDUPKU

>> Thursday, November 25, 2010


Cinta tidak semestinya mengalunkan kebahagiaan.
Ada kalanya meracun jiwa andai kita dilingkungi pemikiran 'malang
kolek.' Mujurlah saya bukan dalam lingkungan sedemikian.

BARU-BARU ini saya berpeluang berhubung secara santai dengan sahabat-sahabat masa Tingkatan 6 dahulu menerusi facebook saya (htttp://wwww.facebook.com/esasamad) dalam Grup Form 6 SMS. Alhamdulillah seronok dapat bersembang di alam maya dengan Uji, Sani, Din Ahyak dan lain-lain.

Mengenang sejarah saya berada di Tingkatan 6 kira-kira 22 tahun dahulu (1987-1988), saya berterima kasih amat dengan titipan peristiwa yang amat mendewasakan diri ini. Antaranya lantaran terputusnya cinta saya dengan seorang pelajar Tingkatan 6 Rendah ketika itu, bernama Lin, akhirnya melonjakkan diri saya menjadi insan cemerlang dalam pelajaran. Ketika saya berada dalam Tingkatan 6 Atas, macam biasa, diadakan program orientasi untuk Tingkatan 6 Rendah. Ketika itulah saya memikat seorang pelajar untuk menjadi setiausaha Persatuan Sejarah. Namanya Lin. Seterusnya saya jadikan dia adik angkat. Beberapa kali saya berhubung dengan Lin melalui telefon. Masa tu tak ada telefon bimbit, yang ada hanyalah pondok telefon awam. Pernah satu ketika, apabila saya menelefon Lin, saya dimarahi oleh ibunya antaranya seperti berikut: "...saya tak mahu anak saya makan pasir..." Hancur hati ini ketika itu.

Sedang saya asyik memadu perasaan yang tak diluahkan kepada Lin yang masih menganggap diri ini abang angkat, tiba-tiba sahaja hubungan kami terputus apabila Lin menerima tawaran ke UTM dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Saya lantas dilanda rindu yang amat sangat. Lantas, tak tertahan diulit rindu, saya menghubungi Lin dengan menghantar surat kepadanya di UTM, Skudai, Johor Bahru.

Dan bagaikan dentuman petir yang menyambar ke ulu hati, pada hari saya menduduki kertas Sejarah dalam Peperiksaan Percubaan STPM, surat Lin yang ditulis dengan marker biru sampai ke tangan saya. Terketar-ketar dan hancur luluh membaca luahan hati Lin yang menolak cinta suci saya kepadanya.

Hampir sahaja saya putus asa hendak menghadapi peperiksaan STPM. Namun berbekalkan semangat yang kerap dititipkan oleh Cikgu Mahadi, guru BM saya di kelas saban waktu dia mengajar, jangan jadi malang kolek katanya...saya bangkit daripada kegagalan cinta lantas berazam untuk menjulang kejayaan di menara gading. Satu lagi...lagu yang memotivasikan saya ialah Tiara...akhirnya saya berjaya dalam STPM dengan meraih 5 Prinsipal dan berjaya masuk ke USM dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi.

Lantas kira-kira setahun saya di USM, saya telah menghantar surat ke URTV lalu tersiarlah luahan hatiku seperti dalam gambar di atas. Moral cerita yang ingin saya kongsikan ini adalah kita usah kalah dengan persekitaran yang negatif yang menjadikan kita malang kolek. Tapi jadilah juara, biarpun persekitaran kita negatif. Benar kata Sir Shofri, kalau nak hidup, kena ada positif dan negatif.....yang penting lawankan negatif dengan positif baru dapat tenaga.

Itu semua cerita lama. Kini saya telahpun beristeri seorang, beranak lima. He he. Dan alhamdulillah kini saya di peringkat penamatan Sarjana Pendidikan (Kaunseling) UPSI. Hanya selangkah sahaja lagi untuk mendapatkan skrol dalam majlis konvokesyen. Doakan kejayaanku wahai guru-guruku, sahabat-sahabat, anak didik dan keluargaku....




Biarpun gagal di alam percintaan pada 1988,
akhirnya saya menjulang kejayaan cemerlang pada 1995
apabila dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Akademik dan
Keseluruhan, Diploma Pendidikan (KPLI) IPDA.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP