BAGAIMANA ANDA MAHU MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN?
>> Saturday, March 5, 2011
TIDAK lama lagi, cuti sekolah akan bermula. Pada 11 Mac ini, pelajar-pelajar pasti berasa begitu seronok hendak bercuti selama kira-kira seminggu. Diam tak diam dah bulan Mac. Tak lama lagi April, Mei, Jun.......tup-tup sampailah bulan Oktober, November..
Ya! Masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Pelajar Tingkatan 2 akan menerjah ke Tingkatan 3. Yang Tingkatan 3 akan mengambil peperiksaan PMR dan akan masuk ke Tingkatan 4 berbekalkan keputusan dicapai. Andai cemerlang diiringi minat yang tinggi dalam bidang sains, anda akan masuk ke aliran sains. Andai cemerlang + minat bidang akaun, terpilihlah ke aliran akaun. Begitu juga dengan aliran teknologi. Jika tidak, pilihan lain ialah aliran kemanusiaan, vokasional dan sebagainya....biarpun minat setinggi gunung hendak menjadi doktor, andainya sekadar meraih 3 C 4 D 1 E dalam PMR, cita-cita bakal menjadi anganan kosong. Yang Tingkatan 4 akan menerjah ke Tingkatan 5.
Anak-anak didik yang berada dalam Tingkatan 5 bagaimana? Anda hanya punya waktu 5-6 bulan untuk berfikir dan bertindak dalam mencorak pilihan anda selepas SPM. Ini kerana selepas bulan Ogos, tumpuan anda adalah untuk berada di dewan peperiksaan; bermula dengan peperiksaan percubaan peringkat daerah, negeri dan sekolah...seterusnya menduduki SPM. Bagaimanakah perasaan anda hendak meninggalkan alam persekolahan? Gembira? Sedih? Bimbang?
Apapun perasaan anda, ingatlah pilihan di tangan anda. Saya berhak kecewa sebagai guru, lantaran tidak ramai pelajar Tingkatan 3 di sekolah (SMK Subang Bestari) yang menyahut pelawaan mengambil peluang keemasan -mengikuti Bengkel Motivasi dan Teknik Menjawab di UKM pada 26-27 Mac ini. Bayaran adalah serendah RM 130 (dan RM 10 akan ditampung PIBG), meliputi pengangkutan, makan minum, penginapan dan program teknik menjawab kertas-kertas peperiksaan penting - Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Sayangnya pelajar yang tampil ingin mendaftarkan diri sehingga hari ini boleh dibilang dengan jari.
Sekali lagi ingin saya tegaskan hidup ini adalah sebuah pilihan. Bagaimanakah anda ingin menentukan masa depan anda?
Sama ada bagi pelajar Tingkatan 3, selepas anda mengambil PMR, anda ingin pergi ke kelas aliran sains, perakaunan, teknologi...ataupun anda ingin memilih aliran kemanusiaan, vokasional...sekaranglah waktu terbaik mencoraknya. Begitu juga dengan lepasan SPM.
Anda boleh memilih lorong kejayaan seperti ini...
.

NIK NUR MADIHAH...MISKIN TETAPI MEMILIH UNTUK CEMERLANG
SERONOK TAK SATU HARI ANDA DAPAT MENGGENGGAM SEGULUNG IJAZAH?TIDAK INGINKAH ANDA MEMBAHAGIAKAN IBU DAN AYAH SEPERTI KEJAYAAN YANG PERNAH SAYA LAKARI PADA TAHUN 1993- MERAIH IJAZAH DI USM?
MEMILIH LORONG KEJAYAAN, PENYUDAH DAN KEMUNCAKNYA ADALAH KEBAHAGIAAN HIDUP!

Atau mungkin anda lebih senang melakari pilihan ini:
PONTENG, LEPAK, HISAP ROKOK, MENGGANGGU P & P DI KELAS
AGAKNYA INI MASA DEPAN YANG INGIN ANDA TEMPAH...HIDUP GELANDANGANINIKAH AKHIR KEHIDUPAN YANG ANDA MAHU?

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan dan pilihan sekarang. Jangan asyik berfikir tanpa bertindak. Bak kata Nabil LU PIKIRLAH SENDIRI!!!
0 comments:
Post a Comment