HIDUP TANPA TUJUAN ATAU MATI DIKENANG

>> Monday, March 7, 2011



"LIVE FOR NOTHING OR DIE FOR SOMETHING" itu kata-kata Rambo dalam filem yang sangat popular sedikit masa lalu. Apa maknanya? Makna di sebalik sebaris ayat mudah ini ialah hidup kita ada 2 pilihan sahaja;

"MENJADIKAN HIDUP ITU KOSONG, TIDAK BERMAKNA, TANPA TUJUAN ATAU MATINYA KITA BAKAL DIKENANG SEBAGAI WIRA, SEBAGAI SEORANG YANG SOLEH (DI SISI ISLAM), MENINGGALKAN JASA."

Andai suatu hari nanti nyawa kita dicabut, kita mahu mati kita dikenang atau orang tidakpun kenal kita? Ini bukan pula berkait soal keikhlasan hanya persoalan mahu menjadikan hidup kita ini bermakna ataupun kosong. Firman Allah dalam surah Al-Iqra bermaksud:

"Ketahuilah! Sesungguhnya kebanyakan manusia itu melampau...kerana mereka berasa diri serba cukup!"

Manusia yang hebat akan sentiasa mencari dan mencari dalam hidupnya; mencari ilmu, mencari pahala, berbakti untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah, mencari harta dan mengembalikannya ke jalan Allah. Manusia malang dan melampau menjadikan hidupnya kosong, berpeleseran tak tentu hala, mengikut arus dan akhirnya rugi. Renung-renungkan dan selamat beramal.


0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP