TSUNAMI DI JEPUN DAN TSUNAMI DI HATIKU...

>> Saturday, March 12, 2011






ADA apa dengan dua gambar di atas (satu gambar statik dan satu video)? Gambar di atas memaparkan imej manusia....gambar apa ye? Gambar orang...hitam putih. Betul ke? Tengok betul-betul dari sisi tepi. Oh ye....LIAR. Liar maknanya penipu.


Gambar video di bawahnya pula adalah peristiwa dahsyat melanda Jepun baru-baru ini (11 Mac 2011). Kasihan sungguh Jepun. Sampai dikatakan 1 juta rumah musnah dilanda tsunami dan ribuan manusia terkorban dek tsunami setinggi 10 meter.

Dua gambar itu ada kaitan. Satu tsunami di Jepun, 11 Mac 2011. Satu lagi gambar di atas memaparkan tsunami di hati saya. Detiknya, 12 Mac 2011. 12 Mac 2011, saya menerima pelawaan menyertai satu team motivasi untuk sekumpulan guru-guru di Morib, Selangor. Berbekalkan semangat sayapun memandu seawal 7.30 pagi dari Rawang menuju ke Morib yang terletak di Banting di daerah Kuala Langat sejauh hampir 100 kilometer.

Setibanya di hotel yang dijanjikan, saya berasa cukup hairan melihat suasana sepi. Kerisauan di hati ini terjawab apabila petugas di kaunter hotel menyatakan tiada program untuk guru-guru hari ini tetapi sebenarnya esok, 13 Mac 2011. Terasa diri tertipu saya segera menghubungi sahabat yang mempelawa (sebenarnya projek rakannya). Dia baru sedar tersilap memberikan tarikh. Tak apalah yang penting saya nak hubungi rakannya itu yang juga motivator yang saya kenali. Saya nak bereskan keadaan kerana dah memandu sejauh ini...tak kan berpatah balik. Namun puas mendail nombor dan menghubungi melalui sms, begitu juga rakan saya itu....namun gagal mendapat jawapan. Saya tak tahulah apa yang berlaku!!

Terpaksalah saya memandu balik ke Rawang dalam keadaan hampa. Aduhai! Sabar ajelah menghadapi dugaan, ujian dan tsunami yang melanda hati ini...ada lagi ujian lebih berat!! Yang penting, nampaknya lain kali saya kena hati-hati biarpun berurusan dengan pakar motivasi dan kaunselor!

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP