DUA BULAN BERADA DI SUBEST...

>> Wednesday, May 12, 2010



DIAM TAK DIAM rupanya telah lebih dua bulan saya bekerja di SUBEST...SMK Subang Bestari (8 Mac - hari ini, 12 Mei 2010). Dan dua bulan juga saya tak update blog ini. Pun begitu ramai juga yang sudi berkunjung. Terima kasih jua diucapkan kepada anda.

Bagi yang masih tak tahu, saya ingin umumkan bahawa mulai 8 Mac saya bekerja di SMK Subang Bestari, tak jadi bekerja di Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster seperti jangkaan sebelum ini. Semuanya ada hikmah tersendiri. Bekerja di SUBEST, sebuah sekolah baru tapi penuh cabaran yang rencam menuntut kesabaran dan keikhlasan. Alhamdulillah di sekolah ini, saya berkawan baik dengan Pengetua, guru disiplin, YDP PIBG dan lain-lain. Apa yang penting...kerjasama.

Pada bulan Mac, seperti dijanjikan saya telah mengerjakan ibadah aqiqah dalam keadaan poketpun raban tapi tetap ikhlas demi niat suci kerana Allah...dan sama-sama meraikan ketibaan mauludirrasul dalam acara gemilang di Desa Puteri


Selepas menunaikan ibadah aqiqah, pada 8 Mac, saya melapor diri di SUBEST selepas berkelana di Putrajaya (jangkaan awal ditempatkan di Putrajaya (KPM) berasaskan pelawaan KPP HEM SBP sendiri namun rupanya bila nak lapor diri pada 8 Mac, Pengarah tak buat keputusan lagi siapa pegawai nak diambil...jadi saya memohon 'dilepaskan' oleh SBP ke sekolah harian...rakan-rakan ramai ke IPG jadi pensyarah, tak pe itu rezeki mereka kerana saya tak mahu pergi jauh-jauh...
Sejak 8 Mac, saya menjadi kaunselor di SUBEST bersama kaunselor Pn Noorazian....dan dalam tempoh dua bulan, beberapa aktiviti telah diatur, dirancang, dilaksana bersama demi kesejahteraan pelajar SUBEST yang rencam tingkah laku mereka...banyak cerita kat SUBEST. Insyallah akan dicoretkan dari masa ke masa. Dalam masa yang sama, terdengar khabar sekolah lama, SBP Integrasi Rawang dinobatkan sebagai sekolah ke-6 terbaik negara. Alhamdulillah saya menumpang tuah dengan setitis ilmu sempat dicurahkan sepanjang tujuh tahun di SEPINTAR. Tahniah kepada SEPINTAR.
Berikut corat-coret aktiviti sepanjang kat SUBEST..
Mengendalikan aktiviti Transformasi Tingkatan Dua,
15 April 2010 dalam suasana hingar tapi meriah.
Antara anak didik cun di SUBEST ketika aktiviti
Bersama anak didik pada hari Sukan SUBEST di TUDM

Mengendalikan Bengkel Belajar Santai..Impak Maksima
bagi membimbing Tingkatan 3 (24 April 2010)
Yang terbaru, pada 8 Mei, kami telah menganjurkan Kursus Asas Kepimpinan yang dirasmikan oleh YB Datok Hj Bushro, ADUN Kuang. Yang paling menarik...kat SUBEST saya berkawan baik dengan guru disiplin, Cikgu Rozhan, Pengetua, Tn Hj Khany dan YDP PIBG, En Abdullah Harun dan semua guru....jadi biarpun banyak sekali cabaran bertugas di sekolah pinggir bandar ini, saya berterima kasih dan bersyukur..dan diharap anak didik yang memanggil saya sebagai Pak Su (gelaran yang saya pinta kerana anda ibarat anak-anak saya)...terus menyokong usaha menjadikan SUBEST sekolah terulung.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP