JEMPUTAN KE KENDURI AQIQAH

>> Thursday, March 4, 2010

Seekor kambing akan ditumbangkan demi Nur Kasih

SALAM semua. Maafkan cikgu lama tak mengemaskini blog kerana terlalu sibuk. Inipun cikgu dapat cerita sikit sahaja perkembangan diri cikgu. Alhamdulillah cuti cikgu telahpun tamat, pengumpulan data dahpun selesai dan kini hanya perlu membereskan bab 4 dan 5.

Mulai Isnin, 8 Mac 2010 cikgu akan mula bertugas di Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster, Kementerian Pelajaran - jika tiada aral - sebagai Pegawai di bahagian dasar, insyallah. Terima kasih kepada pensyarah, sahabat-sahabat dan anak didik yang memberi sokongan padu, juga keluarga sepanjang pengajian cikgu di UPSI.

Jika berkelapangan, cikgu menjemput anak didik dan sahabat yang melayari web ini ke rumah cikgu pada hari Ahad, 7 Mac 2010, pada pukul 11.30 pagi kerana cikgu akan menganjurkan kenduri aqiqah dan jamuan kesyukuran di rumah beralamat:

No 5, Pesiaran Desa Puteri 1, Desa Puteri, Rawang.

Tapi kalau nak datang, tolong sahkan kehadiran sebelum pukul 12.00 tengah hari, 6 Mac 2010 dengan menghantar sms ke nombo 0173436570...takutlah makanan tak cukup pula. Tak perlu susah-susah bawa hadiah untuk anak cikgu, Puteri Nur Kasih tapi kalau bawa, cikgu terima..alhamdulillah. Tak da hadiahpun, duitpun memadai...he he..gurau aje. Ok..doakan kesejahteraan cikgu, wassalam.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP