KELUARKAN SINGA DARI BADAN ANDA

>> Sunday, June 13, 2010


.ALHAMDULILLAH...pada 11 Jun 2010, setelah hampir sebulan saya menghadiri NDO Score A (Program Motivasi Keusahawanan) dan tiga minggu menyertai Score A, saya bersama ahli kumpulan dan upline telah berjaya menarik minat Pn Kamarhah, isteri seorang pengarah di Johawaki Sdn Bhd, Jamri bin Ismail, menyertai Score A di bawah kumpulan saya. Syukur setinggi-tinggi kepadaNya kerana ini semua berkat rezeki daripada Allah. Ini juga merupakan hadiah hari lahir saya pada 15 Jun nanti.

Pn Kamarhah pada mulanya berminat melanggan Score A untuk membantu anak-anaknya belajar namun beliau tergerak hati menyertai Score A untuk turut sama menjana pendapatan. Kemudian pada 12 Jun, saya bertolak ke Terengganu untuk menyertai Konvensyen Kaunseling Kebangsaan sebagai peserta dan pembentang kertas kerja. Selepas memandu selama 7 jam, pada pukul 12.30 malam kami sekeluarga tiba di Kuala Terengganu. Mujurlah ada sahabat, Nurlina Isa sudi menumpangkan kami sekeluarga di kuarters guru di SMS Kuala Terengganu selama semalam kerana kami tidak menempah hotel pada 12.6.10.

Yang paling menarik, pada 13.6, saya telah berjaya menerangkan tentang perniagaan berprestij ini kepada rakan-rakan yang berpengaruh dan hebat. Antaranya:
1. Pak Wan Khair (En Wan Mohd Khair Wan Chik, Kaunselor Berdaftar USM dan pakar motivasi/kaunseling yang juga sifu saya).
2. Badrul Hisham b Hussein, pensyarah Institut Perkembangan Pendidikan, UiTM Shah Alam
3. Abdul Halim Mohd Hussin, Setiausaha PERKAMA yang juga pensyarah kanan USIM
4. Shari Man @ Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Unit Kaunseling dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, KWSP

Dan paling menarik, saya telah menarik minat En Abdul Fatah bin Husain, Pegawai Penyelidik kepada YAB Menteri Besar Terengganu, Datok Hj Ahmad Said, untuk turun padang sekali lagi ke Terengganu bagi menceritakan kehebatan program Score A. Saya terpanggil untuk menjelaskan kehebatan program ini kepada MB Terengganu kerana terharu mendengar cerita kegigihan MB ini untuk menyaksikan pelajar Terengganu terus menggapai kecemerlangan kerana ujarnya (dalam majlis makan malam bersama kami):

"Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi tidak akan menjadi PPRT (rakyat termiskin)..."

Doakan agar titian saya ke arah puncak kejayaan dalam memartabatkan umat Melayu/Islam dalam arena pendidikan dan ekonomi melalui Score A berjaya. Insyallah. Saya perlu keluarkan singa dari dalam badan untuk berjaya...ANDAPUN PERLU KELUARKAN SINGA DARI BADAN ANDA....

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP