ADA APA DENGAN SCORE A??

>> Wednesday, June 23, 2010

SALAM. Hari ini, 24 Jun alhamdulillah genaplah sebulan saya menyertai keluarga Kensheido dalam bisnes Score A....alhamdulillah bisnes saya berkembang dengan baik, mempunyai dua rangkaian rakan niaga dan insyallah akan memperoleh pendapatan pertama, 4 angka - sekitar RM 3,000 - RM 5,000.00.

Ada apa dengan bisnes ini? Adakah wang ringgit menjadi idaman saya? Tidak..kalau ada itu REZEKI. Pendorong pertama saya menceburi bisnes ini ialah ayah dan ibu saya...

Dari kanan...ayah, anak-anak saya, emak dan kakak ipar

Pada bulan Mac saya melawat ayah yang terlantar sakit di Pedas. Saya terkesima melihat ayah yang begitu uzur kerana penyakit buatan orang. Bahkan daya ingatannya pun dah berkurang. Saya masih ingat...saya berbisik kepada ayah sebelum kembali ke Rawang.

"Ayah tak payahlah susah-susah kerja lagi kat kampung..dok petik sawit...relekslah..beramal ibadat..."

"Tapi ayah nak juga rasa pegang duit sendiri...."

Kata-kata terakhir ayah itulah yang menyentap perasaan saya. Alangkah sedihnya saya mengaku sebagai graduan, anak bongsu ayah yang dah bekerja 15 tahun tapi masih tak mampu memberikan duit secara tetap ke akaun ayah dan ibu di kampung. Hanya sekali-sekala kalau balik kampung. Padahal saya graduan? Mengapa...apa nak buat gaji ciput...

Anda bagaimana? Terbalaskah sudah jasa ibu dan ayah? Tahukah anda ada anak kampung bekerja kilang mampu memberikan ibu dan ayahnya RM 2000 seminggu. Yeke? Tunggu saya cerita nanti....

1 comments:

Anonymous June 27, 2010 at 7:29 AM  

cerita arr lebih lanjut bisnes tu - aDm

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP