SYUKUR PERNIAGAAN SAYA HALAL DARI SEGI SYARIAH

>> Tuesday, July 27, 2010



ALHAMDULILLAH dalam diam-diam rupanya cerita saya tentang Score A telah menarik ramai pengunjung ke laman sesawang ini. Terima kasih kepada semua. Ramai yang bertanya melalui facebooks, bila lagi nak cerita apa sebenarnya bisnes Score A ini?


SCORE A -SEBUAH PERNIAGAAN YANG DISAHKAN HALAL DARI SEGI SYARIAH

SEBELUM gebang lebih mendalam, saya ingin menyatakan bisnes berasaskan networking ini adalah yang PERTAMA disahkan HALAL dari segi syariah dalam soal produk dan pelan pemasaran pada 7 Februari 2010 oleh dua orang ulama...malah pertama di Asia. Perniagaan lain mungkin sekadar mendakwa, atau bercerita, kami membuktikannya...



ADA APA DENGAN SCORE A???


ANDA tentu masih ingat iklan Petronas satu ketika dahulu...Zaman dah berubah...ha ha ha.
Begitu juga dengan pembelajaran anak-anak. Pada tahun 1950-an - 1960-an, pelajar belajar menggunakan kapur batu. Kemudian pada era 1970-an hingga 1980-an, pelajar belajar menggunakan buku.

Bermula pada era 1990-an, pelajar mula berubah ke zaman ICT. Saya masih ingat pada akhir 1980-an, ketika di bangku sekolah, saya belajar menggunakan komputer MS 7, kena guna pelbagai command dan menggunakan cakera liut yang besar macam CD untuk menyimpan data.

Pada tahun 2000-an, dalam Alaf 21, ICT mengambil tempat sepenuhnya. Pada tahun 2010, kerajaan mensasarkan 100% sekolah menjadi sekolah bestari dan kini lebih 90% sekolah telah mencapai sasaran. Malah di Terengganu, kerajaan negeri memberikan 25,000 laptop percuma kepada pelajar sekolah di negeri itu.

SUDAHKAH ANAK ANDA MERASAI PERUBAHAN INI?

Adakah anak anda masih belajar menggunakan pelbagai buku rujukan entah apa-apa, berguru di pusat tuisyen dengan bayaran beratus ringgit sebulan dan mengadu bosan belajar dalam suasana sama dan menjemukan?

Score A menyediakan peluang UNTUK ANAK ANDA BELAJAR menggunakan ICT secara ONLINE sepenuhnya, yang boleh dicapai 24 jam sehari. Ibu bapa pula boleh memantau perkembangan anak 24 jam sehari, memantau sama ada anak anda betul-betul belajar, memantau kekhilafan anak; bukan sekadar melalui online malah melalui telefon menerusi khidmat SMS.

ANDA SIBUK BEKERJA MENCARI DUIT, ANAK ANDA MENGEJAR KECEMERLANGAN DI HUJUNG JARI ANDA

Bayangkan walau betapa sibuknya anda bekerja, bak kata Sheqal dalam lagunya dulu;

"Keluar pagi balik petang, kadang kala sampai malam, cari rezeki bawa pulang, buat orang yang tersayang..."

anak-anak anda tekun belajar di rumah dan anda mampu memantau mereka. Apa tidaknya, nak tahu anak belajar ke tidak, klik saja ke www.scoreA.com dan masuk ke dalam akaun anda. Malah anda boleh memeriksa telefon bimbit anda...kalau berdering mesej menyatakan anak anda telah menyiapkan latihan tertentu (siap dengan subjek, markah dan masa diambil), bermakna anak anda belajar. Jika dapat cemerlang pula, balik boleh bagi hadiah! Bukankah berlaku emotional bonding antara anda dan anak-anak??

ANAK ANDA MENGEJAR KECEMERLANGAN, ANDA DAPAT JADIKAN PENDIDIKAN SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN

Ramai orang mengeluh aduhhh...mahalnya nak hantar anak belajar sekarang. Duit poket lagi, sumbangan PIBG lagi, yuran sekolah lagi, tuisyen lagi....dan aduhhh...petrol naik harga pula.
Soalnya, sampai bilakah anda mahu menjadikan pendidikan sebagai beban perbelanjaan?

Score A menyajikan peluang untuk menjadikan pendidikan sebagai sumber pendapatan. Mudah sahaja. Gunakan Score A untuk anak anda, atau adik anda, atau anak saudara anda...kemudian kongsi dengan rakan-rakan akan kelebihan produk ini. Dengan berkongsi pengalaman, mereka turut serta, anda akan mula menjana sumber pendapatan....

ANAK KITA BELAJAR SECARA INPUT ATAU OUTPUT??

Anak kita mungkin rajin belajar tapi tengok bagaimana dia belajar. Adakah hanya pergi ke sekolah...mengikuti kelas cikgu, lepas tu membaca di pusat sumber?? Adakah dia membuat latihan demi latihan.

Dalam buku saya, Belajar Santai Impak Maksima, saya menukilkan rahsia pelajar cemerlang seperti Nur Amalina Che Bakri, yang meraih 17 1 A dalam SPM 2005, adalah disebabkan selalu membuat latihan demi latihan. Itu semua adalah PEMBELAJARAN OUTPUT.
Belajar dengan menghafal, mendengar adalah INPUT.

SCORE A menyediakan landasan untuk OUTPUT LEARNING.

APA LAGI MASALAH YANG BOLEH DISELESAIKAN MENERUSI SCORE A??

SCORE A boleh membantu anak-anak anda menangani masalah-masalah seperti berikut:

1. BOSAN DENGAN SISTEM PEMBELAJARAN KONVENSIONAL YANG HANYA MENGGUNAKAN BUKU SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN

2. TIADA MOTIVASI UNTUK BELAJAR.

3. TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBUAT LATIHAN BERASASKAN BUKU LATIHAN DAN MODUL PEMBELAJARAN YANG PELBAGAI.

4. MENGHABISKAN MASA DENGAN MELAYARI FB, BLOG, TWITTER DAN LAMAN-LAMAN WEB LUCAH, GANAS DAN ASYIK BERMAIN GAME MENGGUNAKAN KOMPUTER YANG ANDA BEKALKAN DI RUMAH.

5. MENGELUH KERANA IBU BAPA ASYIK BEKERJA DAN BEKERJA.


KEPADA PARA IBU BAPA PULA, SCORE A MEMBANTU:

1. MENILAI PENCAPAIAN AKADEMIK ANDA; SETAKAT INI SEJAUH MANA ANDA MAMPU MEMASTIKAN ANAK ANDA BENAR-BENAR CEMERLANG?

2. MAMPU MEMBERI PERHATIAN KEPADA KERJA RUMAH DAN LATIHAN YANG DIBUAT OLEH ANAK ANDA.

3. LEBIH BERASA PUAS DENGAN PERSEDIAAN ANAK ANDA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

4. DAPAT AKSES PADA BILA-BILA MASA 'MENJENGUK' LAPORAN PRESTASI ANAK ANDA..SELAMA INI ANDA HANYA DAPAT TENGOK REPORT CARD DUA KALI SETAHUN.

5. BELANJA DAH BERIBU HANTAR ANAK PERGI TUISYEN, PROGRAM MOTIVASI TAPI ANAK ANDA MASIH GAGAL MERAIH KEJAYAAN.


SCORE A ADALAH SUNRISE BUSINESS



MENURUT pakar ekonomi, seperti Peter Drucker sebagaimana tersiar dalam majalah Forbes, November 2000, Webucation iaitu gabungan laman sesawang dan pendidikan akan menjadi peluang terbesar dalam ekono9mi dunia.

Ternyata kini ramalan beliau menjadi kenyataan. Jelas sekali Score A yang berteraskan Webucation kini menjadi Sunrise Business atau perniagaan mentari terbit apabila internet mulai menjelajahi setiap pelosok negara.


MALAH KINI KHIDMAT JALUR LEBAR TELAH MENJALAR KE KAMPUNG-KAMPUNG


PADA 25 Julai 2010, Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah melancarkan khidmat jalur lebar ke 2000 buah kampung di seluruh pelosok negara.


SCORE A - WEBUCATION YANG MEMANG TELAH TERUJI, MATANG DAN HEBAT


Score A telahpun berusia lebih 10 tahun memandangkan portal ini dibangunkan seawal tahun 1999. Portal ini kemudian diuji dan dijadikan kajian rintis di beberapa sekolah bestari selama 3 tahun dan hasilnya pada tahun 2005 didapati 93% daripada responden kajian yang menduduki Ujian UPSR dan PMR telah mencapai gred cemerlang (semua A).

Score A juga telah digunapakai di sekolah-sekolah rintis yang berjaya melahirkan ribuan pelajar cemerlang seperti Sekolah Sains Hulu Selangor, Kolej Tunku Kurshiah dan lain-lain.

Setelah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan, portal ini dipasarkan melalui Network Marketing bermula dari tahun 2006.

SCORE A - DIIKTIRAF OLEH MENTERI PELAJARAN



SUBJEK YANG DILIPUTI DALAM SCORE A...

- Meliputi 100% silibus yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran

- Mengandungi 250.000 bank soalan berkualiti yang digubal oleh guru-guru pakar.

SILIBUS SEKOLAH RENDAH (TAHUN 1 - 6):

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik ( B. Inggeris dan B. Cina)
4. Sains (B.Inggeris dan B. Cina)
5. Bahasa Cina

SILIBUS SEKOLAH MENENGAH (PMR - TING 1 - 3):

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris (BI)
3. Matematik (BI)
4. Sains
5. Geografi
6. Sejarah
7. Bahasa Cina

SILIBUS SEKOLAH MENENGAH (SPM - TING 4 -5)

Aliran Sains:

1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. Sejarah
4, Fizik
5. Kimia
6. Biologi

Aliran Sastera:

1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. Sejarah
4. Sains
5. Perdagangan
6. Ekonomi Asas
7. Prinsip Akaun

Terbaru - I Teacher untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain di peringkat SPM.

I Teacher adalah produk yang dibangunkan oleh pakar-pakar dari USM melalui penyelidikan komprehensif dan menyajikan guru maya yang mampu berinteraksi dengan anak anda.


BAGAIMANA...HEBAT TAK SCORE A...ADA LAGI YANG PERLU ANDA...SEPERTI APAKAH POTENSI PERNIAGAAN INI DAN BAGAIMANA ANDA MAMPU MERAIH RM 30 K DALAM TIGA BULAN!!!!

SMS SAYA 0173436570 UNTUK PREVIEW PERCUMA






















0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP