ADUHAI...MAT REMPITPUN BOLEH BERJAYA!
>> Tuesday, July 6, 2010
SALAH satu kelemahan (atau sebenarnya KEBODOHAN) manusia ialah tidak tahu menggunakan peluang. Prof Hamka menyatakan Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...datang tidak disangka-sangka saat kita kesusahan. Maka kita perlu merebut peluang itu sebelum peluang itu terlepas pergi. Pepatah Inggeris ada menyatakan Yesterday is history, tomorrow is mystery, TODAY IS A GIFT. Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda antara lain maksudnya rebut lima sebelum datang lima...muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.
Pengalaman menceburi bisnes Score A menemukan saya dengan sejumlah manusia; daripada yang biasa-biasa, menjual apam balik tepi jalan, pengawal keselamatan, motivator, pensyarah, guru dan pelajar....yang pelbagai ragamnya. Mereka terdiri daripada manusia yang membiarkan peluang berlalu pergi, bingung melihat peluang dan merebut peluang!
Saya alhamdulillah adalah merupakan insan yang merebut peluang. Dalam tempoh sebulan menceburi bisnes dan dua minggu aktif, saya telah mengutip sejumlah RM 3000.00 bonus perniagaan skor A. Ini dikira lembab kerana rakan-rakan terdahulu, seperti simat rempit; Badrul, simat rock Mohamad Hasbullah berjaya menggondol puluhan ribu selepas bergiat dalam bisnes ini. Aduhai! Rakan-rakan seperjuanganku bernama guru, motivator, pensyarah...usah berlegar di pentas teori. Mat Rempit dan Mat Rockpun dah pakai BMW selepas setahun jagung bergiat dalam bisnes ini...di mana maruah kita jika gagal menuruti langkah mereka? Saya tahu, ramai antara rakan seperjuangan berbangga dengan ijazah PhD, Master, Sarjana Muda...bergelar doktor, profesor, Ir...tapi apa maknanya jika sekadar makan gaji lima enam ribu sebulan...sedangkan potensi sebenar anda jauh dari itu!
Saya terkesima apabila mendengar luahan perkongsian pintar Hasbul yang dulunya Mat Rock...kita kena timba ilmu dulu, katanya; ikut sistem dalam perniagaan ini, insyallah berjaya, betulkan mind set. Dia bermula dengan TANPA PENGALAMAN APA-APA dan dipandang lekeh oleh masyarakat tapi berbangga dapat menggengam RM 7000.00 seminggu dan kini pendapatannya mencecah lebih RM 40 ribu sebulan. Bayangkan jika bekerja makan gaji, siapakah yang dapat gaji sebanyak itu????
Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada Sifu Aziz, Sifu Safian dan Pak Lah yang sudi 'mencampakkan' diri ke dalam bisnes ini...doakan saya berjaya ke angkasa jutawan!

0 comments:
Post a Comment