MENGAPAKAH ORANG MELAYU HARUS MENYERTAI BISNES MLM HALAL?

>> Tuesday, August 31, 2010

BARU-BARU ini saya menerima komen cukup menarik daripada seorang pembaca blog ini tentang penglibatan orang Melayu dalam bisnes. Dia tidak setuju dengan pandangan saya bahawa orang Melayu kurang berminat dengan bisnes hanya disebabkan tidak mahu menjadi dowline saya.

Sebenarnya ini bukan soal tak mahu jadi downline saya tetapi sekadar refleksi saya mengenai sikap orang Melayu yang lebih suka berkokok, menjerit, mengeluh di tanah airnya sendiri tentang kedudukan Melayu yang masih lagi corot dalam ekonomi. Sesungguhnya ketercorotan orang Melayu di bidang ekonomi bukan sahaja dalam MLM malah dalam aspek ekonomi secara umum, seperti pemilikan saham, ekuiti, pemilikan syarikat, pendapatan isi rumah dan sebagainya.

Pembaca itu begitu prejudis terhadap MLM yang dikaitkan dengan elemen penipuan seperti yang biasa kita dengar. Memang benar bahawa sesetengah syarikat menyalahgunakan MLM untuk menipu, memanipulasi orang ramai. Saya katakan penyalahgunaan kerana sebenarnya yang berdosa dan tersilap bukan MLM tetapi individu-individu itu sendiri. Sama macam dadah. Bukanlah dadah yang berdosa tetapi individu yang menyalah gunakan bahan itu. Perlu diingat, pil penahan sakit, ubat bius dan sebagainya juga adalah dadah.

MLM secara mudah adalah konsep penjualan produk melalui perlantikan pengedar-pengedar bertauliah oleh sesebuah syarikat dan mereka akan dibayar bonus dan sebagainya melalui bilangan tingkatan usaha mereka. MLM pada asasnya adalah berasaskan jualan produk iaitu produk itu sebenarnya memang wujud. Perbezaan MLM dengan perniagaan konvensional adalah perniagaan konvensional menekankan konsep iklan, promosi, dan berasaskan 'active income,' iaitu selagi bekerja dan berniaga, dapat duit.

MLM memberi peluang kepada pengedar menikmati ganjaran pendapatan aktif dan pendapatan pasif, dalam jangka panjang. Pendapatan aktif diperolehi menerusi penjualan produk, penajaan ahli/rakan niaga dan bonus-bonus yang terbit daripada usaha itu. Pendapatan pasif pula diperolehi dalam jangka panjang, apabila rangkaian telah benar-benar kukuh iaitu dia akan mendapat royalti.

Sungguh malang bagi orang yang menyamakan MLM dengan skim piramid. Skim piramid diharamkan kerajaan dan hanya uplines kenyang manakala downline kelaparan. Dalam MLM, barang siapa tidak berusaha, dia tidak mendapat laba dan downline boleh memotong pendapatan uplines jika dia berusaha.

Jika kita kaji penulisan pakar-pakar dari Barat, seperti Robert Kiyosaki yang menulis buku Rich Dad, Poor Dad, dan David Triumph menyatakan MLM adalah kaedah pemasaran produk yang lebih efisien.

Persoalannya mengapakah ramai pengedar MLM yang papa kedana, lalu berasa MLM menipu, tidak berguna dan sebagainya? Bagi saya, isunya bukan MLM tetapi diri sendiri. Tanyalah En Aziz, yang menjadi jutawan hasil keterlibatan dalam Score A, ataupun En Azman, yang terlibat dalam sebuah jualan langsung, bagaimana mereka boleh kaya?



Orang Melayu harus melibatkan diri dalam MLM kerana sebenarnya jika ditinjau, inilah peluang perniagaan yang menuntut modal paling rendah (antara RM 500 - RM 6000) untuk memulakan perniagaan dengan potensi pendapatan mencecah jutaan ringgit. Bandingkan jika anda ingin berniaga dengan membuka stesen minyak, modal permulaan mencecah sejuta ringgit dengan margin keuntungan sekitar 5 angka. Begitu juga jika berniaga restoran, modal permulaan mencecah ratusan ribu sedangkan keuntungan sekitar 5 angka. Begitu juga jika anda ingin berniaga kedai runcit, servis kenderaan, perabut dan sebagainya...anda bukan sekadar perlukan modal tinggi, ilmu yang banyak malah berdepan dengan margin keuntungan rendah dan risiko kerugian yang tinggi.

Cuma carilah MLM yang halal. Score A adalah SATU-SATUNYA MLM yang disahkan oleh dua ulama sebagai halal dari segi produk dan sistem pemasaran. Untuk menceburi sesebuah bisnes anda harus mengetahui prestasi syarikat, produk, sistem pemasarannya dan sejauh mana anda dibimbing dan diberi ruang untuk berjaya. Score A menawarkan kekuatan keempat-empat elemen ini, membolehkan ia mendapat sijil perakuan halal dan pengiktirafan menteri-menteri (lapan menteri) termasuk isteri PM dan Timbalan Perdana Menteri sendiri. Mereka tidak akan memberikan pengiktirafan terhadap MLM atau syarikat penipu kerana ini akan merosakkan masa depan mereka sendiri.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP