PELAN A DAN PELAN B DALAM KEHIDUPAN
>> Wednesday, September 8, 2010

DALAM menjalani kehidupan kita di bumi yang fana' ini, tidak kira apapun pekerjaan yang kita lakukan; menjadi buruh, nelayan, guru, berniaga dan sebagainya...tanpa disedari kita sedang melalui Pelan A. Pelan A adalah melalui kehidupan rutin sebagai pekerja, pengurus, peniaga dan sebagainya.



Ada pula yang selesa bekerja di sektor kerajaan, seperti menjadi guru, pensyarah, jururawat, doktor dan sebagainya. Bekerja di sektor kerajaan agak stabil kerana menikmati skim pencen, agak sukar dibuang kerja, dan bergaji tetap. Namun kenaikan gaji yang dinikmati tidak selaras dengan kenaikan kadar hidup dari masa ke masa. Saya memulakan kerjaya sebagai guru dengan bergaji RM 1,500.00 (lebih kurang termasuk elaun) pada tahun 1995. Selepas bekerja 15 tahun, pada tahun ini saya menikmati gaji RM 5,000.00 (termasuk elaun). Ini bermakna peningkatan gaji 1.5 kali ganda berbanding gaji saya dahulu. Tetapi bagaimanakah dengan peningkatan kadar kos hidup? Kos hidup meningkat lebih 2 kali ganda dalam tempoh 10 tahun! Pada tahun 2000, harga nasi lemak bungkus hanyalah 40 sen sebungkus tetapi kini mencecah RM 1.50. Itu baru nasi lemak bungkus!

PELAN B DALAM KEHIDUPAN
Cuba bayangkan dan menungkan...bagaimana kalau suatu hari, suatu waktu...dalam kita menjalani pelan A, dalam kita menuruti rutin kehidupan yang sibuk, rencam ini...tiba-tiba jatuh sakit? Atau tiba-tiba kita 'dijemput' Illahi? Atau tiba-tiba kita diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi?
Mampukah kita meraih pendapatan sama seperti kita sihat atau mampukah untuk kita terus bekerja? Bagi yang bekerja di sektor kerajaan yang memilih skim pencen, jika ditimpa penyakit sukar sembuh atau meninggal dunia, mungkin menganggap tak ada masalah kerana ada pencen. Tapi dengan keadaan kos hidup makin tinggi apalah ertinya gaji yang DITETAK SEPARUH (bukankah kalau pencen gaji anda tinggal separuh?)? Sedangkan dengan gaji penuhpun hidup masih tidak begitu stabil, apa lagi kalau gaji separuh. Bagi yang bekerja di sektor swasta, anda hanya mampu mendapat pampasan kadang-kadang sebulan gaji atau lebih, atau mendapat pencen Perkeso, dan mengharap EPF. Tetapi berapa banyak yang tinggal? Lebih buruk lagi andai dibuang kerja terus. Daripada mendapat ribu-ribuan tiap bulan anda harus memulakan hidup dengan angka sifar.
Dalam keadaan itulah anda memerlukan Pelan B. Pelan B adalah seperti dikatakan Robert Kiyosaki, dalam bukunya Rich Dad, Poor Dad, Pelan Kehidupan Kecemasan...iaitu anda masih menikmati pendapatan biarpun anda TIDAK MAMPU BEKERJA LAGI, DIBERHENTIKAN, SAKIT atau MENINGGAL DUNIA. Pelan B dinamakan sebagai Pendapatan Pasif. Bayangkan apakah perasaan anda...dalam keadaan anda sakit yang tidak boleh disembuhkan, anda masih terpaksa mendapat RM 30 K setiap bulan????
Bagaimanakah anda boleh dapat Pelan B dalam kehidupan? Saya akan membincangkan lebih lanjut dalam edisi akan datang. Pokoknya saya sudahpun menikmatinya.

0 comments:
Post a Comment