MERENCANA PELAN B DALAM HIDUP: ROYALTI, SEWAAN PREMIS, DIVIDEN SAHAM ATAU...

>> Friday, September 10, 2010

PELAN B dalam hidup adalah jaminan pendapatan apabila ditakdirkan anda telah terputus daripada pendapatan aktif. Bayangkan sahaja saat-saat anda ditimpa bencana...sakit yang tidak sembuh-sembuh, lumpuh seumur hidup, atau meninggal dunia. Pendapatan aktif, yang dijana daripada kerja...kerja...kerja secara rutin akan turut terjejas serta-merta.

Ada orang menyandarkan hidupnya kepada insurans, KWSP atau PERKESO atau Pencen untuk meneruskan kehidupan andai ditimpa bencana. Persoalannya berapa banyakkah yang betul-betul mencukupi untuk hidup anda? Andai anda menerima insurans RM 100K, KWSP RM 200 K atau ilat Perkeso RM 150 K atau pencen bulanan sebanyak RM 2000.00...adakah dana itu cukup untuk anda? Kajian menunjukkan wang KWSP yang diperolehi pesara-pesara akan habis dalam jangka masa 3 tahun!

Pelan B yang perlu anda jana ialah perancangan pendapatan pasif yang berterusan dan berkembang dari masa ke masa. Antara cara anda meraih pendapatan pasif ialah:

1. Menulis buku/berkarya

Saya alhamdulillah dikurniai bakat menulis dan setakat ini telah menghasilkan 4 karya; novel Gersang (1997), Madah Berzikir (2010), Menuju Puncak Kecemerlangan: Tips Sukses dari A ke Z (2007), Belajar Santai...Impak Maksima (2008). Hasil kesemua karya ini saya telah meraih royalti berterusan yang jumlahnya mencecah 5 angka.

Karyawan lain seperti dalam bidang kartun, seni sastera dan sebagainya juga meraih royalti. Antaranya ialah kartunis Lat atau nama sebenarnya Datok Muhammad Nor Khalid.


Lat, melalui kartun-kartunnya yang berstatus antarabangsa dan dikenali sejak lebih 20 tahun, menikmati royalti hasil lukisan kartunnya dalam majalah, akhbar di negara kita. Begitu juga dengan pengkarya Upin dan Ipin dan sebagainya.

PERSOALANNYA; ADAKAH ANDA MEMPUNYAI BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN/LUKISAN?

2. Menjadi artis terkenal (Bintang filem, pemuzik, penyanyi)

Cara lain ialah dengan menjadi bintang filem, pemuzik, penyanyi. Di negara kita, pasti anda mengenali Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Biarpun jasadnya telah bersemadi sejak lebih 30 tahun lalu, namun lagu-lagu beliau, filem-filem beliau dan sebagainya masih berkumandang di coroing radio. Waris-warisnya masih meraih royalti berjumlah 6 angka.

Artis di barat lebih terserlah dari segi royalti yang diperolehi. Misalnya Parris Hilton mewarisi kekayaan ayahnya dan meraih royalti dalam pembabitannya di dunia seni. Persoalannya, MAMPUKAH ANDA MENJADI SENIMAN/BINTANG FILEM/ARTIS TERKENAL..BERBAKATKAH ANDA?


3. SEWAAN PREMIS/RUMAH DSB/PENCIPTA PATEN

Anda juga boleh meraih pendapatan pasif dengan menyewakan premis seperti rumah, apartmen dan sebagainya. Dengan hanya goyang kaki, tiap bulan anda mengutip sewa rumah. Begitu juga jika anda mencipta Paten, iaitu produk kreatif/teknologi yang diiktiraf dan dipatenkan. Misalnya, anda menghasilkan telefon bimbit yang amat canggih seperti kalis air, lalu dipatenkan, anda berhak meraih 1% hasil jualan telefon bimbit itu. Contoh yang lain, pencipta Pen Drive yang kini jadi jutawan hasil rekaannya.







Persoalannya, adakah anda memiliki aset-aset untuk disewakan yang pendapatan bulanan sewaan aset itu mencecah 4 ke 5 angka...cukup mewah bagi menampung hidup anda. Atau anda begitu kreatif dan mampu mencipta produk yang boleh dipatenkan?

4. DIVIDEN SAHAM/SIMPANAN

Anda juga boleh meraih pendapatan pasif menerusi dividen berterusan dalam simpanan/saham/bon anda di institusi kewangan. Katakan anda menyimpan sejumlah RM 1 juta, dengan kadar 5% dividen/kadar bunga/hibah setiap tahun sahajapun, anda boleh meraih RM 50 K setiap tahun atau RM 4000.00+++ setiap buloan tanpa bekerja!

Persoalannya, adakah anda memiliki sebegitu banyak saham/simpanan/bon atau masih lagi berbangga dengan "Keluar Pagi Balik Petang, Ada Kala Sampai Malam..Dapat Gaji Bayar Hutang, Sampai Tak Boleh Tidur Malam?"

Jika keempat-empat perkara di atas jauh panggang dari api, menyertai bisnes networking adalah PILIHAN TERBAIK untuk anda menjana pendapatan pasif atau Pelan B. Dengan menyertai bisnes networking yang terjamin dari segi Syarikat, Produk, Pelan Pemasaran seperti Score A, dalam tempoh jangka panjang apabila rangkaian anda cukup kukuh, stabil anda berhak menerima royalti...dan royalti itu pula boleh berkembang, bercambah sampai anda beranak bercucu atau tiada lagi di dunia yang fana' ini.






0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP