RENCAH HIDUP SEBAGAI KAUNSELOR (2)
>> Saturday, August 16, 2008
Saya nak sambung cerita tempoh hari ok.. Tiba waktu ditentukan sayapun menyerahkan kertas kerja yang 'tebal giler' kepada Pn Pengetua. Tunggu punya tunggu punya tunggu PK HEM panggil saya mengadap. Boss tak berkenan katanya. Kertas kerja saya tidak realistik dan agak mustahil hendak dilaksanakan.
Penolakan mentah-mentah kertas kerja ini menyebabkan saya mula mentah hati hendak meneruskan perjuangan. Saya akui memanglah saya mencadangkan satu program komprehensif untuk peningkatan motivasi dan kemahiran belajar 3 hari 2 malam yang menelan belanja rm 10 k. Tetapi yang saya kesalkan pentadbir terus sahaja menolak mentah-mentah kertas kerja tersebut. Bila saya fikir-fikir, inilah menjadi punca kadang-kadang seseorang guru muda atau kaunselor yang baru bergraduan berputus asa bila bekerja. Mentang-mentang mereka orang baru, idea mereka ditolak sewenang-wenangnya.
Pada masa sekarang, apa yang saya dengar, sesetengah pentadbir sekolah tidak menggalakkan kaunselor menjemput pihak luar memberi ceramah motivasi, kemahiran belajar dan sebagainya. Alasan mereka ialah kat sekolah dah ada pakar buat apa jemput orang luar? Betullah tu, tapi harus diingat dua perkara. Pertama, bukan semua kaunselor mempunyai semua kepakaran dalam setiap 5 bidang kerja kaunselor iaitu akademik, kerjaya, keibubapaan, masalah pelajar dan psikososial. Ini belum lagi termasuk 25 senarai tugas termasuk Sekolah Selamat dan Jati Diri! Ada kaunselor yang mempunyai kebolehan dalam aspek kemahiran belajar seperti saya misalnya tetapi agak lemah dalam aspek lain; misalnya dalam konteks kaunseling stress dan pelajaran kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Ada kaunselor yang boleh membimbing dalam soal kerjaya tetapi kurang kepakaran dalam konsultasi keluarga dan mentor mentee. Jadi khidmat luar itu diperlukan juga. Jika kaunselor tidak dibenarkan menjemput pihak luar, bagaimanakah pula dengan Ketua Bidang atau Ketua Panitia yang boleh menjemput guru luar menyampaikan ceramah teknik menjawab? Aspek kedua pula ialah pelajar di sekolah lebih tertarik dengan 'bomoh luar.' Biarpun di sekolah itu misalnya, kaunselor (begitu juga guru pemeriksa kertas atau JU umpamanya) tetapi mereka ada kala bosan dengan pendekatan yang sama. Jadi harus juga kita menjemput pihak luar bagi memenuhi aspirasi pelajar.
Inilah sedikit-sebanyak refleksi saya berhubung dengan peristiwa tahun pertama saya menjadi kaunselor. Saya tak salahkan pentadbir bulat-bulat yang enggan menerima kertas kerja saya kerana mereka mungkin mahukan sesuatu yang lebih realistik. Namun kesan peristiwa itu bagi saya ialah seandainya saya menjadi pentadbir, saya berharap peristiwa ini menjadi pengajaran untuk tidak menolak bulat-bulat.....idea orang bawah biarpun dia baru setahun jagung. Ada satu lagi peristiwa yang tak dapat saya lupakan pada tahun pertama menjadi kaunselor....peristiwa yang menyebabkan saya dianggap seolah-olah seperti Jebat....he he. Tunggu....
1 comments:
Assalamualaikum..
saya ingin mendapatkan maklumat mengenai 'peranan kaunselor sekolah dalam membantu pelajar yang kurang asertif' dengan terperinci.
terima kasih..
Post a Comment