Tips Mendengar Dengan Baik

>> Monday, October 19, 2009

Mendengar dengan baik (good listening) adalah suatu aspek yang amat penting dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian besar dari apa yang harus dipelajari terkandung di dalam ucapan dan pengajaran lisan; bukan dari nota-nota atau pun buku rujukan.

Terdapat perbezaan yang sangat besar dan jelas di antara mendengar melalui deria telinga (hearing) dan mendengar melalui hati (listening)

Berikut adalah sedikit tips dan panduan buat pelajar tentang cara-cara untuk menjadi pendengar yang baik:

1. Bersedia Untuk Mendengar. Setiap kali hadir ke kelas, siap sediakan diri anda untuk mendengar. Pastikan anda menyempurnakan setiap latihan dan bacaan yang diberi. Semak nota-nota yang anda buat pada kelas-kelas sebelumnya; ini adalah untuk memudahkan anda memahami topik yang sedang diajar pada kelas semasa.

2. Attitud Untuk Mendengar. Atitud anda merupakan sesuatu yang amat penting. Pengaruhi diri anda sendiri; yakin bahawa topik yang sedang anda pelajari itu adalah amat menarik dan bermanfaat untuk diri anda. Bayangkan tentang bagaimana anda boleh mempraktikkan ilmu yang sedang anda pelajari itu. Dengan ini, anda akan menjadi lebih berminat dan teruja untuk mendalami ilmu yang sedang diajar oleh guru/tutor. Di samping itu, hormati diri anda sendiri dengan menyedari bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai pelajar untuk cuba mempelajari dan mendalami sehabis baik tentang ilmu yang sedang diajar. Perasaan ingin berputus asa adalah normal; anda hanya perlu mengabaikan perasaan yang menewaskan itu.

3. Mendengar Dengan Tujuan. Pastikan apa yang anda mahu pelajari dan apa yang anda harap untuk pelajari dari sesuatu kelas. Beri perhatian pada perkara-perkara tersebut sewaktu guru/tutor anda mengajar.

4. Mendengar Dengan Fikiran Terbuka. Buka fikiran anda. Bersedia untuk menerima ilmu yang sedang disampaikan. Adalah sesuatu yang baik untuk bertanya;jangan malu atau bimbang dianggap “tunjuk pandai” oleh rakan-rakan. Pembelajaran adalah satu proses dua hala; ianya akan menjadi sia-sia tanpa komunikasi dari kedua belah pihak.

Jika anda adalah seorang pelajar yang pemalu dan agak/amat sukar untuk mengikis perasaan malu anda untuk bertanya, tetapkan niat dan hati anda bahawa anda bertanya kerana mahu menuntut ilmu dan berjaya (dan seterusnya menyenangkan hati ibu bapa anda), anda tidak sedikit pun berniat untuk berlagak bijak. Berani untuk malu adalah salah satu dari ciri-ciri orang yang berjaya.

Lain-lain tips >>> klik sini

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP