MENGHIMBAU KENANGAN INTERNSHIP DI SEPINTAR
>> Saturday, October 31, 2009
SEPANJANG tiga bulan, bermula dari 6 Julai dan berakhir pada 23 Oktober, saya telah mengikuti internship iaitu lebih kurang macam Praktikum, dalam pengajian saya di peringkat Master of Education n(Guidance & Counseling) di UPSI, di SBPI Rawang.
Gambar di atas adalah gambar kenangan bersama pelajar-pelajar Projek Khas, iaitu pelajar-pelajar dari golongan kurang berada yang belajar di SBP, yang mengikuti sesi kaunseling kelompok dalam tempoh internship. Kaunseling kelompok Marathon pada 11-12 September, 2009.
Seronok juga mengendalikan kaunseling kelompok marathon ini. Pelbagai pengalaman menarik ditempuh. Kami berkelompok di pinggir sungai, di dalam sungai dan pelajar berkongsi banyak pengalaman suka duka di SBP dan dalam keluarga. Banyak masalah pelajar projek khas rupanya. Antaranya konflik keluarga, konflik dengan rakan sebaya dan sebagainya.
Pada kesempatan ini, cikgu juga mengucapkan takziah kepada Aisyah yang merupakan ahli kelompok cikgu atas pemergian buat selamanya ayahanda tercinta. Kepada yang lain, hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada.
3 comments:
Salam….saya pelajar tahun 3 2009 UTeM jurusan Diploma Teknologi Maklumat & Komunikasi. Saya berminat untuk menyambung bidang perguruan di UPSI iaitu jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat. Adakah jurusan ini sesuai dengan saya? dan apekah elemen2 yang biase diajar oleh guru2 lepasan dariapda jurusan ini??
Kepada Hazwan Hakim
Jurusan itu selaras dengan bidang anda ambil skrg iaitu teknologi maklumat dan komunikasi. Mereka yang mempunyai ijazah SM Pendidikan Teknologi Maklumat akan mengajar subjek ICT yang ditawarkan dalam Tingkatan 6 dan sekolah-sekolah teknik. Di sekolah-sekolah harian yang tiada subjek tersebut, mereka juga boleh dilantik sebagai penyelaras ICT sekolah, menyelaras Kelab Komputer dan mengajar secara informal.
terima kasih bnyk2 cikgu Esa..
saya ingin bertanya satu soklan lg..
adakah dengn masuk UPSI ,seseorang itu tiada jaminan tuk menjadi ckgu tetapi hanya berpeluang mnjadi guru>???betulker?
Post a Comment