BERSAMA ANAK DIDIK YANG CUN DI UPSI...

>> Saturday, November 7, 2009

.

ALHAMDULILLAH pada semester lepas, cikgu berpeluang menjadi tutor Kaunseling Individu II UPSI di bawah pengajaran Dr Jazimin. Ditakdirkan cikgu telah menjadi tutor/instruktor Makmal 5 yang kesemuanya perempuan.

Anak-anak didik cikgu yang semuanya cun-cun dan comel ini sememangnya memberikan kerjasama yang cukup baik. Cuma kekadang mereka datang lambat sikit ke makmal. He he. Cikgupun kekadang lewat juga tapi bukan sengaja, berhalangan. Maklum sajalah mengajar kali ini bertembung dengan Kursus Internship. Cikgupun pelajar jugakan.

Pelajar-pelajar Sem 5 ini sebenarnya alhamdulillah keseluruhannya ok cuma dalam beberapa aspek seperti kemahiran asas dan teori kena diperkemaskan lagi. Lagi satu, mereka agak malu-malu hendak beraksi di makmal. Tak boleh macam tu. Kang kalau korang mengajar macamana? Nak malu-malu juga ke depan kelas atau klien? Kena jumpa klien ganas-ganas?

Apapun terima kasih kepada semua khasnya ketua kelas yang setia, Wana. Malah Wana masih sudi berhubungan dengan cikgu (bukan dual relationship ye!) selepas tamat semester
demi untuk menyiapkan projek kami bersama- sebuah buku motivasi; Jangan Mengeluh...Ingat Allah Tetap Sayang. Entah bilalah siap ye Wana? Cikgu juga berterima kasih kepada yang lain; Nurul yang control cun, Ina yang maintain kecil molek macam budak form 3, Faizin dan Mas Ayu yang comel, Juliana dan Elvina yang tidak kenal putus asa, Siti Suhila dan Shida yang setia membantu cikgu dan maintain dengan senyuman manis di bibir (terima kasih tolong cikgu dalam Kem DBKL), dan tak lupa gadis come kelate yang kelakar, Farah Izzaty.

Jika kalian ada masalah, selalulah contact cikgu ok....via emel atau ym atau phone. Cikgu doakan kalian sukses dan menuju ke puncak kecemerlangan.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP