HIDUP ADALAH TENTANG SEBUAH PILIHAN

>> Wednesday, November 18, 2009

PADA minggu lepas, cikgu terpandang satu petikan berita dalam Utusan Malaysia mengenai kejayaan cemerlang Teh Cheng Hock, graduan UUM yang menerima ijazah kelas pertama dan menerima Anugerah Pingat Canselor, iaitu sebagai pelajar paling cemerlang.

Berita ini amat mengagumkan kerana Tan Cheng Hock adalah seorang graduan yang cacat pendengaran iaitu pekak. Hebat bukan? Inilah yang dikatakan sebagai menganggap sesuatu perkara sebagai hikmah seperti yang cikgu bicarakan semalam. Tan Cheng Hock tidak melihat masalah pekak itu sebagai kesulitan paling besar hingga menjerumuskannya ke kancah kegagalan. Namun beliau melihatnya sebagai peluang dan cabaran untuk menempa kecemerlangan.

Ujar seorang guru cikgu dalam kaunseling, Dr Halimatun Halaliah Mokhtar, seorang pensyarah kanan kaunseling di Universiti Putra Malaysia (UPM), if you were to see a problem as an enemy, it will drain your energy, but if you were to see a problem a a blessing, it will be a source of your energy. Maknanya jika kita melihat masalah sebagai musuh, bebanan, siksaan, masalah itu akan menghakis tenaga dalaman kita lalu kita jadi lesu dan beku. Namun jika kita melihat masalah itu ada rahmat dan ada hikmahnya tersendiri, maka masalah itu akan menjadi sumber dalaman tenaga kita.

Ingat lagi cerita Raja dan Penasihat? Ini sambungannya. Tahukah anda mengapakah orang primitif dalam hutan itu enggan makan daging baginda? Rupanya raja mereka tidak mahu makan daging manusia yang tidak lengkap. Bukankah tangan baginda kudung? Selepas dibebaskan, dan dipendekkan cerita baginda dapat mencari jalan keluar, baginda menangis lalu teringat kata-kata penasihat baginda. Sekembalinya ke istana, baginda lantas berjumpa penasihatnya di penjara lantas menceritakan segala-galanya.

"Betullah kamu kata, ada hikmahnya..." ujar baginda. Tanpa berlengah, baginda membebaskan penasihat baginda serta merta. Penasihat baginda tersenyum lantas memberitahu baginda, dia tidak berasa sedih dipenjarakan. Baginda terkejut. Penasihat baginda berkata, sesungguhnya ada hikmahnya dia dipenjarakan. Kalau dia bersama baginda berburu di hutan, ada kemungkinan turut sama ditangkap dan mungkin dia akan direbus dan dimakan hidup-hidup!

Indah bukan dalam hidup ini jika kita tidak mudah tewas dalam menghadapi apa jua kesulitan dan cabaran. Bukankah Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Nasyrah yang antara lain bermaksud, di sebalik kesulitan, ada kelapangan! Glasser (1998) dalam bukunya Choice Theory menyatakan bukan orang lain atau peristiwa yang kita alami yang menyebabkan kita kecewa, tetapi rasa kecewa itu adalah pilihan kita. Kitalah yang memilih untuk jadi kecewa!
Teori Pilihan yang diasaskan Glasser juga menjadi landasan teori kajian cikgu dalam tesis mengenai tingkah laku buli.

Betulke kita yang memilih untuk jadi kecewa, marah, rasa terpinggir, sedih dan sebagainya? Biar betul cikguni....anda mungkin kata begitu. Tunggu perbincangan selanjutnya.


2 comments:

aira November 20, 2009 at 4:03 PM  

salam'alayk

hidup memang adalah sebuah pilihan..terpulang pada diri sendiri untuk menentukan pilihan yang terbaik.walaupun adakalanya pilihan yang dibuat adalah tidak seperti yang diharapkan tetapi di situ terkandung hikmah dari Allah. teruskan menulis cikgu. saya akan mengikuti perkembangan cikgu dari semasa ke semasa.

blog cikgu best ^_^
moga Allah berkati usaha cikgu

wassalam

Cikgu Esa November 21, 2009 at 2:58 PM  

terima kasih wana atas kesudian memberikan komen bernas. Hidup adalah tentang sebuah pilihan...cikgu akan terus mempromosi kesihatan mental khasnya remaja berteraskan teori pilihan dalam blog ini

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP