SELAMAT HARI RAYA QURBAN - MENGENANG PENGORBANAN ORANG TERSAYANG DI SEBALIK KEJAYAANKU
>> Thursday, November 26, 2009
SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN HARI RAYA AIDIL ADHA ATAU HARI RAYA QURBAN PADA HARI INI, JUMAAT, 27 NOVEMBER 2009 BERSAMAAN 10 ZULHIJAH 1430...
SEMPENA HARI RAYA QURBAN...SELAIN BERKORBAN LEMBU DAN KAMBING, SERTA MENDOAKAN/MERAIKAN KESEJAHTERAAN/KEJAYAAN PARA HUJJAJ (ORANG MENGERJAKAN HAJI), MARILAH KITA MENGENANG KEMBALI ORANG-ORANG YANG TELAH BERKORBAN UNTUK KEJAYAAN KITA SELAMA INI...SEPERTI ORANG-ORANG DI SEBALIK KEJAYAANKU MENDAKI KE PUNCAK SELAMA INI....
APALAH ERTI KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN MEREKA!
Terima kasih aduhai ayah dan ibuku... Abd Samad Hamam dan Fatimah Hashim (turut serta dalam gambar ialah anak saudara cikgu, Nur Syafiqah (Syasya) (Gambar lama ketika cikgu menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), 11 September 1993 di USM)
Ketulusan hatimu, kasih sayangmu ibu, dan kecekalanmu ayah
membuatkan aku terus tega mendaki ke puncak kejayaan biarpun 1001 halangan...
isteri tersayang, Zaiton Mohd Ariffin (terima kasih kerana sudi memahami, menemani saat getir dan senang), putera-puteriku; Puteri Rabiatul Adawiyah (pakai baju pink), Puteri Aisyah Aqilah (bertudung dan berbaju merah) dan Muhammad Adi putera (berdokong)...tiada dalam gambar, anak keempat,
Muhammad Danial Putera.Terima kasih isteri dan anak-anak cikgu yang memahami jerit perih cikgu menghabiskan masa belajar sedari belajar secara sambilan di UPM (buat master tapi tak habis), seterusnya di Institut Perguruan Bahasa Melayu, dan kini di UPSI...
0 comments:
Post a Comment