MESTI BACA: TIPS MEMPELAJARI SUBJEK SPM

>> Saturday, December 12, 2009


Jika inginkan tips menyeluruh cara belajar berkesan seperti diamalkan oleh pelajar cemerlang, bacalah buku-buku cikgu, Menuju Puncak Kecemerlangan: Tips Sukses dari A ke Z dan Belajar Santai...Impak Maksima, yang mendapat penghargaan daripada profesor-profesor bidang pendidikan di universiti dan pelajar cemerlang di luar negara. Emelkan alamat anda untuk mendapatkan buku-buku ini dengan harga diskaun (RM 25.00 bagi dua buah buku termasuk pos berbanding RM 29.80 jika dibeli di luar) ke adiputerajagat@yahoo.com. Anda juga boleh sms ke 0173436570, nama dan alamat anda.

SALAM 1 MALAYSIA. Baru-baru ini cikgu menerima mesej dalam telefon bimbit daripada seorang pelajar bernama Aqilah. Aqilah adalah antara peminat setia majalah e@siswa yang cikgu menjadi salah seorang penulis tamu hingga hujung tahun ini dan cikgu menganggapnya anak murid. Aqilah berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan merupakan pelajar Tingkatan 5 tahun hadapan.

Aqilah menyuarakan kerisauannya menghadapi SPM tahun hadapan dan meminta tips mempelajari subjek-subjek SPM. Lantas cikgu teringat tentang tanggungjawab asas cikgu sebagai kaunselor dan motivator. Cikgu teringat sebuah emel yang cikgu terima beberapa tahun lalu daripada seorang pelajar cikgu bernama Farid Hayati binti Jasman (graduan SBPI Rawang @ SEPINTAR), kini menjadi penuntut Sains Perubatan di USIM. Sebagai tidak menghampakan Aqilah dan calon-calon SPM, cikgu titipkan tips-tips yang cikgu ringkaskan daripada Farid:

TIPS UMUM UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG:
Seorang pelajar harus mempunyai matlamat dalam hidup untuk memperbaiki apa-apa yang kurang dalam dirinya.

TIPS MEMOTIVASIKAN DIRI:
Bersikap terbuka dalam menghadapi kegagalan, redha dan muhasabah diri.

TIPS KHUSUS UNTUK SETIAP SUBJEK:
Bahasa Melayu:
- Rajin menjawab soalan tata bahasa
- Gunakan Bahasa Melayu yang sempurna dalam perbualan seharian sebagai latihan
- Mencari frasa-frasa menarik atau peribahasa untuk digunakan dalam karangan

Bahasa Inggeris:
- Kerapkan berbual dalam BI untuk mempertingkat vocabulary
-Bacalah novel BI yang menarik
-Buat latih tubi grammar dan fahami penggunaannya
-Carilah frasa-frasa menarik atau idioms untuk digunakan dalam karangan
-Fahami format kertas BI SPM

PSI/PQS (Gunakan juga teknik ini untuk subjek aliran sastera/ekonomi dsb)
- Amalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian
-Fokus ketika di kelas
- Rajin membaca

MATH/MATH TAMBAHAN
- Buat latihan topikal yang banyak
- Buat latihan menggunakan buku yang ada jawaban dan cara kerja agar kita boleh belajar daripadanya
- Selepas selesai latihan topikal, barulah mulakan dengan latihan format kertas peperiksaan
- Jawab soalan dengan pantas bagi melatih kita menggunakan masa

FIZIK
- Fahami konsep Fizik yang cuba diajar
- Aplikasi dalam teknologi seharian bagi mempertingkat pemahaman
- Rajin menulis formula
- Buat latihan dengan permasalahan berbeza tap konsep sama agar pemahaman lebih jitu
- Buat latihan mengikut format peperiksaan

KIMIA
- Kukuhkan asas Kimia terutama persamaan kimia yang memang menjadi tunjang utama soalan
- Fahami konsep sebetulnya dan usah menghafal semata-mata
- Buat latih tubi agar biasa dengan soalan peperiksaan

BIOLOGI/KEJURUTERAAN
- Aplikasikan teknologi dalam hidup
- Gunakan lukisan untuk jelaskan ayat yang panjang
- Buat nota ringkas agar boleh dibawa ke mana-mana
- Buat latihan berformat peperiksaan

SEJARAH (Aplikasikan juga dalam mana-mana subjek Sastera/Ekonomi dsb)
- Di samping mengingati fakta, buat latihan yang banyak dan berulang bagi membantu kita menghafal fakata
- Ulang dan sebut fakta tersebut dengan rakan pada waktu senggang
- Buat latihan topikal daripada pelbagai jenis buku dan kita akan dapat lihat soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan.

Demikian beberapa untaian tips Farid Hayati. Farid juga seperti Mariani agak rapat dengan cikgu. Beliau menjadi pemimpin pelajar pada tahun 2007 dan meraih kecemerlangan di peringkat SPM (12 A). Cikgu doakan beliau berjaya meraih ijazah dalam Sains Perubatan beberapa tahun lagi.

Sebenarnya banyak lagi tips dan panduan pelajar cemerlang boleh anda baca dalam buku pertama yang cikgu tulis, Menuju Puncak Kecemerlangan: Tips Sukses dari A ke Z, yang diterbitkan oleh PTS pada tahun 2007 dan diulang cetak pada tahun 2008. Buku itu memaparkan tips dan pnduan pelajar cemerlang di seluruh negara yang cikgu susun dari A hingga Z. Seterusnya panduan khusus untuk menguasai pelajaran cikgu titipkan dalam buku Belajar Santai...Impak Maksima, yang diterbitkan oleh PTS pada awal 2009 dan diulang cetak pada tahun yang sama. Buku ini memaparkan cara belajar yang releks, enjoy dan berkesan. Jadikan buku ini bacaan yang wajib pada musim cuti persekolahan anda dan persediaan melangkah ke tahun baru, 2010. Selamat bercuti dan manfaatkan cuti ini untuk bersedia melangkah ke tahun hadapan dan menjulang harapan ibu dan ayah.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP