119...SEBUAH ANGKA KERAMAT
>> Tuesday, January 19, 2010
Puteri kesayanganku yang ke-3 dan anakku yang ke-5,
Puteri Nur Kasih selamat dilahirkan pada pukul 5.23, 19.1.10 (119),
di Bilik 5, Dewan Kelahiran Hospital UKM. Alhamdulillah
TANGGAL 19.1.10 atau mudah untuk dikenali sebagai 119 (kebalikan 911, atau tragedi 11 September), bersamaan 3 Safar 1431, adalah tarikh keramat bagi cikgu. Alhamdulillah pada tarikh ini, anak cikgu yang kelima, iaitu puteri yang ke-3 selamat dilahirkan di Pusat Perubatan UKM (HUKM), Cheras, tepat pada 5.23 petang secara normal dengan berat 3.04 kg.
Puteri ini yang akan cikgu berikan nama, Puteri Nur Kasih amat bermakna buat diri cikgu kerana lahirnya pada saat cikgu bakal menamatkan pengajian, insyallah di peringkat sarjana di UPSI pada bulan Mac/April ini. Lahirnya Nur Kasih juga pada saat novel cikgu yang ke-2, bakal diterbitkan insyallah mungkin pada bulan Februari/Mac ini. Nur Kasih juga lahir selepas berakhirnya siri drama TV terkenal, Nur Kasih. He..he..he. Nur Kasih juga lahir kala cikgu berpindah ke teratak baru, di Nombor 5, PDP 1, Desa Puteri, Rawang. Menurut siibu, kelahiran Nur Kasih agak lebih mudah dengan anak terdahulu...alhamdulillah berkat pertolongan ALlah apabila cikgu mengajak isteri berselawat banyak-banyak, sambil minum air selusuh dan kurma nabi ketika hendak melahirkan puteri tercinta.
Doakan sahaja, insyallah Nur Kasih akan menjadi puteri solehah yang mewarnai akhir zaman dengan kegemilangan, sesuai dengan kelahirannya pada saat cikgu bertungkus-lumus berjuang menamatkan perjuangan belajar di sebuah IPTA. Puteri ini insyallah akan menjadi anak bongsu cikgu.

2 comments:
tahniah ckg esa :)
comel macam ayahnya.
cikgu...
tahniah..
erm..same besday ngan along saye la..ehe.._afifah
Post a Comment