BERMULANYA PERJUANGAN YANG RENCAM
>> Saturday, January 23, 2010
BERAKHIRNYA minggu ini bererti cikgu akan memulakan langkah perjuangan yang rencam. Alhamdulillah selepas lebih sebulan menanti, cikgu akhirnya berjaya memperoleh kebenaran menjalankan kajian daripada pihak berkenaan di Kementerian Pelajaran. Maka, mulai minggu hadapan insyallah cikgu akan memulakan kembara menjalankan kajian di beberapa buah sekolah di seluruh negara.
Aduss!! Tempoh masa bercuti hanya tinggal sebulan lebih sahaja. Lima minggu lebih kurang. Dalam tempoh yang pendek ini cikgu perlu mengumpul data dan menjalankan analisis. Cikgu perlu menyiapkan bab 4 dengan segera. Lepas tu, posting entah ke mana..mulai 7 Mac 2010. Ada yang mencadangkan cikgu ke Kementerian Pelajaran. Ada yang mencadangkan cikgu ke Institut Pendidikan Guru. Ada yang mencadangkan cikgu memohon ke Jabatan Pendidikan Khas kerana ada anak cikgu yang mendaftar sebagai OKU. Ada yang kata...balik ajelah ke mana-mana sekolah.
Peningnya proses membuat keputusan. Apapun cikgu mohon aje semua. Yang penting cikgu harus menyelesaikan kajian ini seberapa segera. Doakan perjalanan cikgu selamat dan diredhai. Walaubagaimanapun hasil kajian tidak akan dipaparkan dalam blog ini kerana kajian ini sensitif dan tertakluk kepada kebenaran UPSI dan KPM untuk apa-apa paparan.
Mingguni juga kita dikejutkan dengan kemangkatan DYMM Sultan Johor, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar. Itu sultan cikgu tahu (negeri asal kelahiran). Sementara ramai yang sedih, ada juga bloggers yang sampai hati mengutuk peristiwa kemangkatan itu. Cikgu suka memetik kata-kata mahaguru persilatan, Datok Omar Din..dalam Mastika Januari, bahawa umat Melayu akan pupus dan terhapus kerana sudah berani menentang tuannya...Sultan Melayu.

2 comments:
salam abg esa,
selamat menghabiskan thesis. semoga lulus sarjana dgn cemerlangnya. jemputlah dtg ke blog Daddy Zuki pula. Thanks.
Ha ha...daddy zuki...tqvm atas sokongan anda. Doakan kejayaanku
Post a Comment